03 April 2009

Suara Keadilan, Harakah dan 13 Tahanan ISA Bebas

Perdana Menteri Malaysia ke 6, DS Najib Tun Razak sebentar tadi telah mengumumkan penarikan balik sekatan terhadap akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan dan akhbar rasmi PAS, Harakah berkuatkuasa serta merta.
Beliau juga mengumumkan pembebasan 13 tahanan ISA bersempena dengan perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 6 pada hari ini.
Terima Kasih DS Najib.
TERDAHULU petang tadi .....Pegawai-pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengadakan serbuan ke kilang Percetakan NAJ Press, Shah Alam, petang tadi. Kilang itu diserbu kerana mencetak akhbar Suara Keamanan milik parti KeADILan dan akhbar Hujah milik PAS.
Menurut kakitangan syarikat itu, enam orang pegawai KDN terlibat dalam serbuan tersebut. Tidak ada naskah kedua-dua akhbar yang dirampas. Walau bagaimanapun mereka merampas plat yang digunakan untuk mencetak Suara Keamanan, akhbar Hujjah dan akhbar suara Keadilan berbahasa Cina, Gong Zheng Bao.
Tindakan dibuat mengikut Akta Mesin Cetak 1984 (pindaan) 1987.
Turut diambil ialah kenyataan bertulis dari pemilik kilang tersebut.Serbuan bermula jam 3 petang dan berakhir jam 4.45. .... Apa cerita ni DS Najib????

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive