07 May 2009

7 Mei - TINDAKAN YANG SANGAT MEMALUKAN DI SEGI DEMOKRASI - Prof Dr Aziz Bari

Banyak pihak hari ini merasa mual dengan gelagat polis, anggota keselamatan dan ADUN BN yang tidak menghormati kuasa Speaker dewan undangan negeri Perak.

Memalukan! Itulah ungkapan pakar-pakar perundangan berhubung tindakan polis mengheret keluar Speaker Dewan Undangan Negeri Perak bagi membolehkan Barisan Nasional menabalkan calon pilihannya sebagai pengganti.

Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Aziz Bari menyifatkan kejadian yang berlaku itu sebagai detik hitam terbaru dalam sistem demokrasi berparlimen Malaysia.

“Apa yang kita lihat di DUN Perak pada hari ini sangat memalukan di segi demokrasi di negara kita. Saya fikir ini satu perkara yang salahnya BN sendiri kerana memulakannya. Mereka sepatutnya mengikuti peraturan dan amalan yang biasa dilakukan.

“Tindakan menggunakan anggota polis untuk mengusir keluar Speaker dan Adun daripada dewan merupakan peristiwa hitam dalam sejarah demokrasi dan hidup berpelembagaan di Negara kita,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau membidas tindakan polis menceroboh masuk DUN Perak untuk mengheret keluar Spekaer V.Sivakumar dari Pakatan Rakyat.

Menurutnya, tindakan mematikan pembesar suara Sivakumar sejak awal lagi agak jelek dan tidak patut berlaku dalam sebuah demokrasi moden.

Secara keseluruhan Dr Aziz menegaskan bahawa apa yang dilakukan oleh Barisan Nasional adalah tidak betul.

Katanya, rampasan kuasa oleh BN dan tindakan susulan parti itu dalam cubaan menghalalkannya amat tidak disenangi oleh rakyat.

“Jadi saya fikir apa yang berlaku di Perak sejak kebelakangan ini, memang tidak sukar dihukum oleh rakyat,” katanya.

3 comments:

Anonymous said...

Mari kita bersama-sama Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan kaum lain mengundi keluar BN ini yang tidak bertamadun pada pilihanraya umum ke-13.

Anonymous said...

BN akal menemui ajal nya pada PRU 13 nanti, Insyaallah

Anonymous said...

Fakta jelas 7 adun Bn awal2 lg dah di gatung kenapa masih dalam dewan? undi lah banyak manapun x sah..! Dlm Tv kata 7 digantung batal..ye.. sahabat2 tetapi belajarlah mahkamah ada 3 perintah. Yg di beritahu perintah hanya pengistiharan. 2 lagi perintah ARAHAN dan PEMANSUHAN.. peguam2 dan rakyat yg selalu belajar dapat ilmu ni jugak kan.. Inilah pelembagaan. 2 perintah ni mahkamah x kuar sebab tau belawanan doktrin pengasingan kuasa. hehehehe budak2 kalu crita mudah mcm ni seng pahm. Kecuali BANGSAT2 melayu yg bongkak! sebb bangsat lah mreka jual,bagi tanah pg org asing,cina kaya(gohtong),kroni2 yg memg kaya lg kaya.. Apakah bg pd org susah xkira umno,pas,pkr,dap yg memenuhi syarat layak di kata boneka? mana bukti kukuh sampai sekarang x ada.. yg ada poster,youtube,slidshow boneka yg memg bukan fakta. Hanya mainan emosi bangsa. Ini lah pemecah belah org melayu kita sebenar. panggillah mereka membonekakan nizar ini dgn panggilan hormat si BARUA MELAYU! kenapa barua? Sebb fitnah demi emosi bangsa. Dan bangsa yg melayan TV tanpa lihat sebelah mata(pihak PR) maka mereka inilah BONEKA pada sang PENJAJAH minda,agama dan bangsa. Fakta ini mudah di sampaikan..fakta selalunya bertempat,bertarikh,bernama dan lebih jelas fakta(dalil) untk muslim adalan al-quran dan hadis. Taip je isu tanah negeri perak+umno=search je fakta berkata.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive