01 May 2009

HUBUNGAN SULIT NORISH KARMAN

KUALA LUMPUR: Bekas suami Norish Karman hari ini mendedahkan hubungan sulit yang berlaku antara aktres itu dengan kekasihnya, Mohd. Luqman Mohd. Amin.

Datuk Hashimuddin Abdul Kadir, 61 (bekas ADUN) berkata beliau pernah memberi amaran kepada Luqman agar memutuskan hubungan dengan bekas isterinya pada Oktober 2007.

Dalam nada sinis, kata Hashimuddin, ‘Mula-mula tu, bunga baru nak mekar’.

“Saya cakap kepada Luqman yang perbuatannya salah disisi undang-undang syarak kerana NK (Norish) mempunyai anak-anak dan merupakan isteri saya.

“Luqman bersimpati dengan NK kerana dia hidup dalam keperitan. Saya tanya semula apakah keperitan yang dimaksudkan?

“Lalu saya memberi amaran kepadanya agar tidak berjumpa dengan NK lagi,” jelas Hashimuddin dalam sidang media di pejabatnya, Perspec Prime (M) Sdn. Bhd., Ampang, di sini.
Tidak lama selepas itu, Hashimuddin bersua dengan adik Luqman, penyanyi Farahdhiya dan bapanya, Mohd. Amin.

“Sebelum kami berjumpa, saya bercakap dengan Farahdhiya tentang hal ini dan dia pun baru mengetahuinya selepas melihat gambar NK dalam telefon bimbit Luqman.

“Apabila berjumpa, Farahdhiya dan bapanya menyuarakan rasa tidak senang hatinya dan nekad hendak membuat sesuatu tetapi tiada apa-apa yang dilakukan.

“Saya redha dan rela dengan perpisahan ini. Saya halalkan makan minumnya tetapi tidak redha dengan apa yang dilakukan sekarang sehingga orang menuduh saya kejam terhadap anak-anak,” luah pengerusi eksekutif syarikatnya itu.

Tambahnya, "Luqman sering menginap di rumah saya dan dia pernah membuat hubungan sulit dengan NK semasa masih menjadi isteri saya.

"Pada bulan Mac, saya mempunyai bukti NK bercuti bersama Luqman dan anak-anak saya di Pulau Tioman sehingga anak-anak tidak bersekolah tanpa izin saya.

"Mereka juga mengakui sebagai suami isteri. Bila mendapat tahu, saya terpanggil untuk selamatkan anak-anak sebab tidak mahu mereka terdedah dengan perkara di luar hukum syarak.

"Saya ingin selamatkan anak-anak dan tidak mahu mereka digunakan untuk 'coverline'. Saya tak peduli kalau NK dan Luqman nak bercinta."

Justeru, Hashimuddin berkata pada 22 April lalu Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam telah mengeluarkan perintah tidak membenarkan Luqman menghampiri anak-anaknya berdasarkan pergaulan 'luar biasa' itu.

Katanya, perkara itu akan dibangkitkan semasa perbicaraan pada 17 Jun nanti.

Namun begitu, bukan bermakna sidang media yang diadakan itu bertujuan untuk membuktikan NK curang kepadanya.

“Saya tidak berniat membuktikan dia (Norish Karman) curang. Saya hanya nak betulkan perkara yang tidak betul dengan mengeluarkan senarai kemudahan-kemudahan serta nafkah yang saya berikan kepada NK untuk anak-anak.

“Saya terpaksa cakap sebab apa yang ditimbulkannya dalam akhbar sebelum ini menyebabkan isteri pemimpin dan rakan-rakan saya menggambarkan saya seorang bapa yang kejam dan zalim serta meninggalkan anak-anak dalam suasana yang menyedihkan.

“Mereka menyoal saya, bagaimana saya yang pernah menolong ibu tunggal dan anak orang miskin sebelum ini boleh melakukan perbuatan seperti ini terhadap anak-anak sendiri,” jelasnya.

Menurutnya, ada dua isu yang dia ingin perkatakan iaitu isu nafkah dan isu kereta Murano. -- mStar

3 comments:

Pak Oncu said...

yang hang poie nikah Artis apasal,,,,, ??? padan lah muko hang,,,!!!!!!

Anonymous said...

the moral of the story is kalau dah 60+ janganlah kahwin wanita muda.surely pegang2 tangan dan shopping saja tak memadai.

bikir perak said...

Artis Malaysia taraf lebih kurang dekat lorong H... T... Kampung Baru eja... tengok je majalah lucah mangga, yang untung taukeh buat duit.

Anak jadi mangsa keadaan, glamour sampai bila akhirnya mengadap yang Esa jua.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive