PUTRAJAYA - Petronas hari ini melancarkan produk terbarunya - Primax95 - atau petrol RON95. Upacara pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, YB Dato' Sri Ismail Sabri di Stesen Servis PETRONAS Precint 9D Putrajaya.
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan, harga runcit bagi produk terbaru tersebut adalah RM1.75 seliter. Sebagai permulaan hanya dua buah stesen milik PETRONAS di Precint 9 Putrajaya sahaja akan membekalkan produk tersebut mulai hari ini. Walaubagaimanapun, Primax3 atau petrol RON97 akan terus dibekalkan seperti biasa.
Pemasaran produk tersebut akan dilakukan secara berperingkat-peringkat untuk semua stesen minyak bagi semua syarikat minyak keseluruh negara sehingga Ogos ini. Mulai 1 September 2009 KPDNHEP akan menguatkuasakan penjualan RON95 ini pada harga sama (RM1.75) manakala petrol RON97 akan dijadikan produk premium pada harga RM 2.00 seliter.
1 comment:
naik lagi....alamak makin meluat aku kat umnolah.....
Post a Comment