Aku tak faham sangat bab undang-undang ni. Bukan bidang aku. Jadi janganlah pula kata aku mencabar keputusan mahkamah.
Aku sekadar ingin meluahkan rasa isi hati. Rasa tak puas hati macam ramai lagi diluar sana hari ini. Ramai garu kepala. Sebab apa boleh macam ni? Tak faham dengan perjalanan undang-undang negara akhir-akhir ini.
Orang bandar kata Double Standard. Orang kampung tak tau apa itu double standard. Yang depa tau hanya "berat sebelah".
Ya memang berat sebelah, double standard ....
Mamak zambry bawa kes Mahkamah Rayuan setelah Mahkamah Persekutuan mengesahkan yang DS Ir Nizar masih MB Perak yang sah. Dalam masa lebih kurang 3 jam Mahkamah Rayuan pun mengeluarkan keputusan untuk meggantung sementara keputusan Mahkamah Persekutuan.
Hari ini DS Ir Nizar ke mahkamah sama untuk kes yang sama ... Tapi malang rayuan hanya akan didengar pada hari Isnin ... Apa ni? Pasai apa jadi macam ni?
Kenapa 3 jam boleh selesai ... kenapa kena tunggu sampai 5 hari ????
Ini lah soalan dari orang yang tak faham hal-hal bersabit perjalanan undang-undang negara macam aku ni? ..... Dan ramai lagi dikedai-kedai kopi kampung, di kopitiam merata bandar sedang mencari jawapan nya ???
Seorang pakcik yang sedang menggulung rokok daun di penjuru sebuah kedai kopi kampung menjawab .... " ni semua kerja anak razak tu lah ... hemmmmm..."
No comments:
Post a Comment