Najib dah kata BN tidak bimbang untuk menghadapi PRK DUN Perak. Aku tak tau lah samada kenyataan ini dikeluarkan secara ikhlas atau sekadar untuk menenangkan keadaan yang teramat bercelaru di Perak sekarang ini.
Kalau PRK DUN Penanti pun telah membuatkan najib pening kepala, kalau tidak masakan sampai ke saat ini BN masih belum mengumumkan calon nya bagi PRK Penanti yang akan diadakan pada 31 Me nanti, ini kan pula seantero Perak yang mempunyai 59 kerusi.
Tapi mengikut satu kenyataan dari Malaysia Wave DUN Perak akan dibubarkan samada dalam minggu ini atau minggu depan. Kalau benar bagai dikata, akan menjadi satu lagi sejarah ... dah pastilah akan lebih hebat dari PRK Bkt Gantang baru-baru ini ... Kita tunggu lah episod selanjutnya ...
1 comment:
kami rakyat perak sesekali tidak mahu
berada dalam keadaan yang bercelaru
olih kerana kepentingan mana mana parti tak kira "BN OR PR" demi keadilan kami ahli ahli setia umno menyeru kepada yang amat berhormat PM
"BUBAR KAN DUN PERAK SEGERA!!!
"KEMBALI KAN KUASA RAKYAT!!!
Post a Comment