05 June 2009

PRK Manek Urai : Strategi baru UMNO BN

Setelah lima kali tersungkur di lima dari enam PRK baru-baru ini, umno bn kini cuba untuk bangun dengan beberapa strategi baru di PRK Manek Urai 14 Julai nanti. Mereka cuba untuk memenangi hati rakyat khusus nya pengundi Manek Urai.
Najib telah menghantar Ketua Penerangan Pusat Ahmad Maslan untuk melaksanakan strategi baru ini. Salah satu cara untuk mendekati memenangi hati rakyat ialah dengan tidor dirumah-rumah penduduk kampong, sama-sama bekerja kampong dan sama-sama turun menorah getah dipagi hari bersama-sama penorah getah.
Maslan telah mengarahkan semua Ketua-ketua Penerangan Perhubungan Negeri, bahagian dan cawangan untuk sama-sama melaksanakan program ini. Manakala ejen-ejen yang dilantik dari penduduk-penduduk kampong akan mengedarkan barangan-barangan makanan dan lain-lain keperluan asas untuk setiap penduduk seperti beras gula minyak kopi dan seperti biasa kain-kain batik/pelikat yang sudah menjadi barangan sinonin setiap kali PRK.
Seperti biasa akan datang juga ke Manek Urai projek-projek "me segera". Penurapan jalan, pembesaran jalan, pembinaan titi/jambatan dan akan dimeriahkan lagi dengan majlis perasmian balai raya, majlis pecah tanah dan pelbagi lagi majlis itu dan ini. Ini lah masa penduduk Manek Urai akan dapat merasa betapa mesranya Najib Muhyiddin Shahrizat Khairy dan lain-lain pemimpin umno bn yang mungkin pertama kali menjejak kaki ke Manek Urai.
Sebenarnya, jangan lah pula ada diantara pembaca yang salah sangka, semua projek ini bukan semata-mata diadakan kerana adanya PRK, tapi sebenarnya iannya telah lama dirancang, cuma kebetulan saja ianya dilaksanakan semasa PRK ini akan berlangsung. Projek-projek umno bn untuk rakyat bukan diadakan hanya bila ada PRK, tapi ianya berterusan .... (tersenyum saya bila mendegar kenyataan ini dari juak-juak umno bn ni)
Walau apa pun projek-projek yang bakal dibawa ke Manek Urai, saya rasakan pihak pakatan tidak boleh memandang ringan. Penduduk/pengundi Manek Urai mungkin akan merasa mereka diingati bila mana pelbagai habuan bantuan diterima/bakal diterima mulai sekarang hinggalah kehari mengundi nanti, jadi sekurang-kurang nya segala jasa jangka pendek umno bn ini akan terbalas jua.
Oleh itu pihak PR terutama PAS patut melakukan sesuatu yang lebih lagi dari apa yang dibawa oleh Ahmad Maslan ini. Najib pernah berkata "Kita akan uji pengaruh Pakatan Rakyat di DUN Manek Urai, tengok lah nanti ..... .

1 comment:

Anonymous said...

Kita nak tengok puak-puak umno akan terus tidor dan memotong getah di Manek urai walaupun umno kalah di sana....Ingat isu di Permatang Pauh janji najib adakah ditunaikan?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive