07 June 2009

UMNO BN penghasut perkauman


Kader2 Rejimen ke 10

Apasal kini kecuh sangat tentang 'Chin Peng' ? Umno / BN cuba mengaitkan isu tersebut dengan sentimen perkauman di Malaysia khususnya di Perak.

Rata-rata Melayu Umno mengkritik DAP dan cuba menyamakan mereka dengan perjuangan kominis.Mereka menimbulkan isu 'Chin Peng' semata-mata supaya orang Melayu bencikan orang-orang Cina DAP , salah satu komponen Pakatan Rakyat.

Apakah mereka lupa , Melayu pun ada Rashid Maidin, Abdullah C.D , Shamsiah Fakih, Musa Ahmad dan ramai lagi .....

Amboi, amboi.....Umno/BN kalau didepan mata kita , mereka menyalak , mengonggong mengutuk orang Cina bukan main lagi; tapi bila di belakang kita merekalah yang menjadi seperti anjing yang manja , seronok dibelai, digosok-gosok kepala sambil ekor tergedik-gedik terjungkit - hingga saanggup berikan tanah Melayu kepada mereka. Siapa yang jadikan orang Cina yang kaya-raya dengan mudah kalau bukan ehsan Melayu Umno yang korup? Umno sebenarnya adalah petualang bangsa dan boneka yang menjadikan Melayu sengsara sejak 50 tahun merdeka!

Berikut saya titipkan dari Wilkipedia tentang penglibatan mereka dalam Rundingan Damai Hadyai.Lihat berapa ramai Melayu yang terlibat :

Jeneral Yodhana Yamphundi - Timbalan Pengarah Operasi Keselamatan Bahagian ke-4
Jeneral Chavalit Yongchaiyudh =Pengarah Operasi Keselamatan

Jeneral Sawaeng Therasawat - Ketua Pengarah Polis diraja Thailand.


PKM diwakili oleh :

Chin Peng - Setiausaha Agung PKM

Abdullah C.D - Pengerusi PKM

Rashid Maidin - Komander Regimen ke-10

Turut hadir ialah :Dato Megat Junid Megat Ayub - Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia

Ai Ying atau Zainon - isteri Chin Peng

Chan Tien - Komander Regimen ke-12 PKM

Dengan perwakilan orang-orang Melayu yang seramai itu disertai sama oleh seorang Jeneral Melayu, adakah mereka tidak ambil kira tentang perasaan bekas askar dan orang Melayu sendiri dalam perundingan tersebut apabila menawarkan pengampunan kepada PKM ? Apakah kerajaan Umno/Maklaysia cuba memungkiri janji-janji yang telah dipersetujui dan cuba memainkan sentimen Melayu dengan kebangsaan yang sempit?
Isi Kandungan Perjanjian Damai Antara kandungan utama Perjanjian Damai Haadyai ialah :
PKM berjanji untuk menamatkan perjuangan bersenjata mereka.


Senjata api hendaklah diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia atau Thailand atau dimusnahkan di hadapan pihak keselamatan.

Chin Peng selaku wakil ahi PKM berikrar taat setia kepada Yang diPertuan Agung Malaysia.
Ahli PKM akan mematuhi undang-undang negara Malaysia.

Artikel 3 perjanjian menetapkan bahawa Kerajaan Malaysia akan membenarkan bekas anggota Parti Komunis Malaya yang dilucutkan senjata untuk menetap di Malaysia sekiranya mereka mahu.

Artikel 3.1 menetapkan bekas anggota Parti Komunis Malaya yang memang berasal dari Malaysia akan dibenarkan menetap di Malaysia mengikut undang-undang Malaysia.

Artikel 4 perjanjian menetapkan bahawa kerajaan Malaysia akan membantu bekas bekas anggota Parti Komunis Malaya untuk memulakan hidup baru di Malaysia.Pelaksanaan Perjanjian Haadyai Selepas perjanjian tersebut dimeterai :

Kira-kira 1,188 anggota pasukan keselamatan bersenjata PKM yang berada di hutan sempadan Malaysia - Thailand akan keluar dari hutan dan memulakan hidup baru.

Di hutan Malaysia - Thailand terdapat 694 rakyat Malaysia, Indonesia, Singapura dan 2 bekas anggota tentera Jepun.

Terdapat 330 ahli PKM pulang ke tanahair

Kerajaan Malaysia berjanji untuk membayar subsidi kehidupan sebanyak RM 8,000 sekembali ke Malaysia dan wang saranan hidup sebanyak RM300 untuk membantu mereka menyesuaikan diri dengan kehidupan di tanahair.

Kita jangan mudah tertipu dan mudah dipengaruhi oleh desakan Umno yang menggunakan isu Chin Peng ini untuk kepentingan politik perkauman mereka.
Hancur Umno!



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive