Khir Toyo diarah keluar Dewan

13 July 2009 1:10 PM

Bekas Menteri Besar Khir Toyo hari ini diarahkan keluar dari Dewan Undangan Negeri Selangor selepas enggan menarik balik tuduhannya terhadap Speaker Teng Chang Kim.

Sidang Dun hari ini bertukar panas apabila Adun Sekinchan Ng Suee Lim meminta Speaker menjelaskan apakah wakil rakyat boleh menerima writ saman di perkarangan Dewan.

Permohonan ini merujuk kepada tindakan peguam Khir Toyo yang mahu menyerahkan writ saman terhadap beliau di perkarangan dewan semalam.

Ng bagaimanapun enggan menerima writ itu dan berkata dewan bukan tempat untuk menyerahkan writ saman.

Speaker Teng Chang Kim berkata Dewan bermaksud di dalam dewan legislatif termasuk juga di perkarangan dewan.

Khir bagaimanapun enggan menerima penjelasan itu. Teng meminta Khir menjelaskan peraturan tetap mana yang dirujuk, namun Khir gagal berbuat demikian, cuma berkata Speaker berat sebelah.

Speaker meminta Khir menarik balik tuduhan tersebut, namun doktor gigi itu enggan sebelum diarah keluar Dewan.

Menyusuli Khir Toyo adalah wakil-wakil rakyat BN yang mengeluarkan diri mereka sendiri dari Dewan.

0 comment:

Blog Widget by LinkWithin

Artikel terdahulu

Recent Articles

Live Activity Feed

Mungkin 4 enjin yang hilang


Oleh G Manimaran dan Zukri Aksah

PETALING JAYA, Dis 25 — Jumlah enjin jet pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang hilang setakat ini hanya dua ataupun lebih daripada itu?

Kekhuatiran ini ditimbulkan oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan mengambil kira beberapa perkembangan semasa.


"Mula-mula kata satu, kemudian dua... jadi apakah benar apa yang saya dengar kemungkinan yang hilang sebenarnya empat enjin?" kata beliau.
Azan mendakwa maklumat awal yang diterima menunjukkan kemungkinan jumlah enjin yang hilang, yang bilangannya hanya dua setakat ini, kemungkinan sudah sampai empat.


"Saya difahamkan kemungkinan empat enjin yang hilang, bukannya dua. Tetapi saya belum menerima bukti yang kukuh... berdasarkan maklumt diterima oleh saya, mungkin empat enjin sudah hilang.
"Saya berharap pihak berkuasa dapat memberikan laporan lengkap kepada umum mengenai isu ini... menjelaskan kepada umum keadaan sebenar," kata beliau kepada The Malaysian Insider.


Selain pendirian Jabatan Peguam Negara yang meminta agar polis menjalankan siasatan rapi, kata Azan, beliau mengesyaki perkara itu kerana Laporan Audit 2008 tidak menyertakan bahagian yang membabitkan Kementerian Pertahanan.


"Jadi timbul persoalan, sama ada Jabatan Audit Negara adalah membuat audit berkaitan dengan pengurusan Kementerian Pertahanan buat tahun 2008 dan jika ada, apakah ia ada mengenal pasti masalah besar sehingga bahagian berkaitan Kementerian Pertahanan tidak dimasukkan.


"Ataupun sememangnya Jabatan Audit Negara tidak membuat audit langsung mengenai Kementerian Pertahanan. Laporan 2007 ada memasukan Kementerian Pertahanan, yang antara lain menyentuh soal program latihan khidmat negara tetapi tahun 2008 tiada," kata Azan yang juga Timbalan Pengerusi PKR Pahang.


Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata siasatan polis berhubung kes kehilangan dua enjin pesawat pemintas F-5E milik TUDM kini tertumpu kepada bagaimana ia dibawa keluar merentasi sempadan negara.


Kata beliau pihaknya dalam proses mengumpul dokumen-dokumen penting bagi menyiasat perkara tersebut.


"Peguam Negara (Tan Sri Abdul Gani Patail) yang minta kita membuat siasatan ini (bagaimana enjin itu boleh ke luar negara). Jadi kita dalam proses untuk mendapatkan dokumen-dokumen penting," katanya.


Salah sebuah enjin jet pesawat supersonik yang dicuri dua tahun lalu itu didakwa 'ditemui' di Argentina.
Menurut laporan akhbar, enjin turbo jet General Electric J85-21A tersebut untuk kegunaan pesawat F-5E Tiger 11 satu tempat duduk dan RF-5E Tigereye telah dibawa keluar menerusi Pelabuhan Klang ke sebuah negara ketiga sebelum ia tiba ke destinasi akhir iaitu di Argentina.
Awal minggu ini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata selain dua buah enjin pesawat tempur F-5E yang dilaporkan hilang, peralatan lain yang berkaitan turut lesap.

TGNA: PAS kaji semula calon luar tanding di Kelantan


KOTA BARU, Dis 23 — Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang pernah mencetuskan ‘kehangatan’ dalam PAS dua bulan lalu dengan meminta agar diadakan muktamar agung khas bagi menyingkirkan pemimpin-pemimpin bermasalah hari ini melontar pendirian baru.

Kata Nik Aziz, PAS Kelantan akan mengkaji sama ada akan terus menerima calon yang bukan anak negeri untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 nanti di negeri itu.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS dan Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata bahawa dalam Islam, tidak ada perbezaan antara orang dalam atau luar.

“Tetapi jika nampak orang luar tidak perlu lagi tolong Kelantan, kita boleh mencalonkan pemimpin anak negeri ini untuk bertanding dalam pilihan raya umum nanti,” kata beliau dipetik Bernama.

Beliau diminta mengulas saranan Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan, Datuk Mohamad Daud Iraqi, yang mahu anak Kelantan dicalonkan dalam pilihan raya umum akan datang.

Antara pemimpin luar yang kini menjadi Ahli Parlimen di Kelantan ialah Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa yang bertanding di Bachok, Naib Presiden Salahuddin Ayub (Kubang Kerian) dan Bendahari Dr Hatta Ramli (Kuala Krai).

Nasharudin berasal dari Negeri Sembilan, Salahuddin pula dari Johor manakala Hatta adalah dari Perak.

Mengenai keputusan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Dr Rosli Allani Abdul Kadir melepaskan jawatan, Nik Abdul Aziz berkata: “Ikut dialah, itu masalah peribadi.”

Semalam, Rosli mengumumkan peletakan jawatan dalam parti kerana tidak mahu namanya dikaitkan dengan Pas ekoran masalah peribadi selepas beliau diperintah oleh Mahkamah Syariah di sini tinggal berasingan sementara dengan isteri keduanya setelah tersebar berita mengenai kesahihan pernikahan mereka.

Rosli adalah juga orang yang meminta menantu Nik Aziz, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman supaya segera meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Ketika ditanya mengenai perkara itu, Nik Aziz berkata : “Berapa kali nak ulang benda tu. (Orang) nak kata apapun, katalah. Cukuplah, (kita) dah tutup fail.”

“Mari datuk mana sekalipun, saya kena dengar keputusan daripada (PAS) pusat,” katanya. - TMI