Kepada beliau, keenganan Najib memberikan sebarang ulasan mengenai kredelibiliti calon BN dalam pilihanraya kecil tersebut berpunca dari kebimbangan dirinya sendiri yang akan terperangkap.
Orang yang dituduh mempunyai pekung didada tidak akan berani mengulas tentang pekung di dada orang lain, kata Mahfuz.
"Ia bukan Permatang Pasir sahaja, tetapi akan terus menjadi antara isu utama dalam mana-mana pilihanraya selepas ini, kata beliau ketika diminta menyatakan isu-isu yang dibawa oleh PAS dalam pilihanraya kecil tersebut.
Mahfuz memberitahu, dalam kempen-kempennya, beliau sendiri membangkitkan persoalan mengapa Najib enggan memberikan sebarang ulasan apabila dipertikaikan kredebiliti calon tersebut, Rohaizat Othman
Pendaftaran Rohaizat sebagai peguambela dan peguamcara telah dibatalkan akibat salahlaku.
"Kita lihat, Najib tidak berani melibatkan diri dalam isu tersebut malah tidak berani terlibat dalam pilihanraya ini kerana beliau takut akan diserang dengan pelbagai isu yang dikaitkan dengannya terutama isu ALTANTUYA SHAARIBUU" kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu - warta Permatang Pasir
No comments:
Post a Comment