Bertolak dari KL sekitar jam 1 tghari. Cuaca agak panas. Perjalanan lancar. Tambahan dengan pembukaan laluan terus di tol Ipoh Selatan dan Ipoh utara. Anda tidak perlu untuk berhenti membayar tol di plaza tol Ipoh Selatan dan mengutip tiket di tol Ipoh utara (Jelapang). Laluan terus telah dibuka. Anda hanya perlu membayar tol di Juru. Sekurang-kurang nya telah berjimat masa dalam 10 - 15 minit.
Antara penyebab kesesakan lalulintas. Soeorang anggota datang bertanya "kenapa ambil gambar?" ... aku jawab ... "saja nak ambil" .... terus dia belah ...

Petugas PKR mengedarkan bubur lambok pada pengguna jalanraya berhampiran persimpangan pekan Pmtg Pauh ke Kubang Semang

Tiba di tol Juru sekitar jam 5 ptg. Membelok kearah bulatan Bkt Mertajam, melewati Politeknik dan juga UITM untuk ke pekan Permatang Pauh
Tempat penginapan pemimpin PAS Kelantan. Rumah yang disewa dari penduduk tempatan
Perang poster, banting, kain pemidang dan bermacam "billboard" terpasang di kiri kanan jalan bermula dari pekan Pmtg Pauh hampir-hampir menyamai PRK Permatang Pauh baru-baru ini. Saya menyusuri jalan dikawasan sawah padi hingga ke pekan Kubang Semang.

Mengedarkan risalah kepada pengguna jalanraya

Petugas-petugas sedang memasang kain pemidang besar berhampiran Kubang Semang

Dihadapan bangunan UMNO Pmtg Pauh sebuah balai polis bergerak ditempatkan.
Bukan apa sekadar bersedia, tak nak kejadian semasa PRK Permatang Pauh dulu berulang.
Petugas-petugas UMNO BN merusuh dengan membaling batu kearah cermin bangunan kerana tak dapat bayaran gantung poster ...

Saya akan ke Kampung Petani selepas Isyak nanti. Mengikut program, DSAI. DS Zahrin Hashim, Dr Hatta dan calon PAS, Ustaz Salleh Man akan berada di sana. Akan di update kemudian. InsyaAllah
2 comments:
salam,
mimpi senja kini di www.duniaccamarba.blogspot.com
Insyaallah PAS mewakili PR akan menang di Permatang Pasir.
UMNOBN tidak selama-lamanya boleh membohongi rakyat.
Takbir!!!!!!!
Post a Comment