09 September 2009

Menangi Alfa Romeo 159 di PETRONAS


PETRONAS melalui anak syarikat nya PETRONAS Dagangan Berhad dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia petang tadi telah melancarkan Program Coffee Break sempena perayaan Hari Raya Aidil Fitri 2009.
Program pemberian minuman percuma yang telah masuk tahun ke 10 itu akan di adakan di 32 stesen minyak miliknya di seluruh negara. Akan bermula pada 17hb hingga 19hb dan disambung selepas raya pada 25 hingga 27 hb September 09 dari jam 4 petang hingga 10 malam manakala dari jam 3 ptg hingga 9 mlm bagi Sabah dan Sarawak.

Pengurus Besar Bahagian Perkhidmatan Korporat PETRONAS Dagangan Berhad En Nur Azmin Abu Bakar telah melancarkan program tersebut di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur petang tadi dalam satu majlis berbuka puasa bersama pihak media. Buat pertama kali juga beberapa penaja baru turut serta. Antaranya Dutch Lady, Marigold, Snickers, Gardenia dan Munchys selain Nestle.

Disamping itu PETRONAS juga hari ini melancarkan promosi HOT CAR COOL CASH 2 yang menawakan sebuah kereta Alfa Romeo 159, Honda Civic dan Mazda 3.

Lain-lain hadiah mingguan-
RM33,000 x 4 pemenang
RM15,000 x 10 pemenang
RM3,000 x 18 pemenang
RM1,000 x 164 pemenang

Anda hanya perlu mengisi minyak dimana-mana stesen PETRONAS sebanyak RM20 dan secara automatik anda layak menyertai peromosi ini dengan syarat anda menggunakan Kad Mesra anda.

Tidak perlu untuk mengisi sebarang borang.

Maklumat lanjut di www.mymesra.com.my

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive