21 September 2009

Model separuh bogel di pesawat AirAsia

AirAsia, syarikat penerbangan tambang murah milik Tony Fernandes kini telah pula menaja American Football selepas sebelum ini menaja pasukan Formula 1 William

Tak kisah lah dia nak taja atau nak bagi duit pada sesiapa pun demi memperkembangkan perniagaan nya , tapi tengok lah apa yang terpampang di badan pesawat tersebut.


Tiga model bergambar dihadapan pesawat Airbus A340 yang baru mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Oakland

Harap-harap tidak lah suatu hari nanti pramugarinya pula berpakaian sebegini, walau pun pakaian skirt merah pendek sekarang ini juga telah menjolok mata dan sememangnya TIDAK MENUTUP AURAT.

Pesawat Airbus A340 ini telah mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Oakland buat pertama kalinya pada hari Isnin lalu dengan membawa 10 orang wakil-wakil media dari Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura. Tidak diberitau pula dari mana dia berlepas. Mungkin dari LCCT Sepang lah agaknya.
Mungkin bagi Tony Fernandez potret itu tidak menjadi masalah tapi bagaimana pula bagi Azran Osman-Rani, CEO AirAsia X, anak syarikat AirAsia yang mengendalikan penerbangan antarabangsanya? Tidak terfikirkah sensitiviti umat Islam di negara ini atau dimana saja pesawat ini bakal mendarat?

Walaupun pesawat ini tidak akan digunakan untuk penerbangan domestik, tapi AirAsia adalah syarikat penerbangan dari Malaysia ... Apakah ini sebahagian dari Islam UMNO 1Malaysia?

2 comments:

Prof. Era Pasca said...

apo buleh buek... 1MALAYSIA katekan... rakyat di dulukan... pencapaian di utamakan... pom2 girl di siarkan... bini di ikutkan..

cicitHJHASSANu said...

JENIS OTAK KEPALA LEMBU..
NAPSU BESO,AKAI TARAK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive