05 October 2009

Hujan lebat - kami berteduh bersama ... : nizar news

CERITA BENAR DI HARI PENAMAAN CALON

Setelah hampir separuh perjalanan dari tempat bermulanya perarakan mengiringi wakil PAS untuk ke pusat penamaan calon, tiba-tiba hujan turun dengan lebat sekali. Ramai yang telah bersiap sedia, "sediakan payung sebelum hujan" ... tapi bagi saya tidak kisah dengan pepatah itu, maka terpaksa mencari tempat berteduh. Bukan saja untuk saya, tapi juga untuk kamera yang dibawa.

Tiada tempat lagi, maka terpaksa lah berteduh hanya disebelah tembok yang ada pokok-pokok yang menjalar keluar dari tembok tersebut. Saya basah kuyup. Nasib baik beg kamera ini "kalis air", selamat lah kamera, tapi tidak saya.

Bersama saya ada lagi dua tiga penyokong yang senasib. Salah seorangnya datang jauh nun di utara. Dari Kuala Ketil katanya. Antara perbualan kami,

"Saya dulu kerja di sini, tapi dah pencen dah" katanya
"Anggota tentera ke?" tanya saya
"Aha" jawabnya sambil menyapu air hujan di muka
"Betul ker katanya undi pos ni tak boleh nak percaya? tanya saya
"Betul bang ... Isteri saya walaupun telah mendaftar, tapi tak pernah pun dia keluar pi mengundi, saya jer yang pangkah untuk dia .... Bukan itu saja, kami dilonggokkan dengan kertas-kertas undi kosong 100 seorang untuk di pangkah ... Pegawai ada didepan, tak kan nak pangkah pembangkang ..... " terang nya lagi


Belum sempat untuk bertanya nama dan lain-lain maklumat hujan pun berhenti .... kami dengan halu tuju bersendiri meneruskan perjalanan ke pusat penamaan calon PAS melalui deretan gerai-gerai jualan dalam keadaan basah kuyup.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive