Pemerhatian dari mata kasar, ramai yang meramalkan PAS akan menang besar. Saya juga kata begitu. Kawan saya dari Kangar, datang semata-mata untuk membantu jentera PAS/Pakatan Rakyat atas perbelanjaan sendiri selama 5 hari berkampung di Bagan Pinang, juga kata "kita mesti menang, kalau tak menang rugi sangat la, kami mai jauh ni ... " katanya ketika sama-sama sedang menikmati nasi ayam disalah sebuah gerai di Dataran Kemang pada hari pengundian.
Setiap malam di mana saja ceramah PAS samada di Markaz Ulama, Markas DAP Bt 9 atau di Batu 7, jumlah kedatangan amat membanggakan. Di rumah Pak Ngah Zainal yang meninggalkan UMNO dan menyertai PKR bersama 278 pengikut nya, kedatangan hampir 2,000 orang, dimana penceramah nya antara lain TGNA dan DSAI. Begitu juga di Markas DAP Bt 9, malam Grand Finale dimana DSAI dan MB Selangor antara pencermah nya, kedatangan menghampiri 3,000 orang.
Dari itu dapat diperkatakan bahawa PAS/Pakatan Rakyat telah dapat diterima oleh sebahagian besar pengundi Bagan Pinang. Tapi, kenapa keputusan sebenar telah tak menjadi, .... Di mana silap nya?
Apakah kerana "hanya krisis-krisis dalaman" seperti yang didakwa oleh pimpinan Pakatan menjadi penyebab utama penolakan para pengundi Bagan Pinang? Antara nya krisis antara Dr Hassan Ali dan Ronnie Lieu di Selangor dan di ikuti dengan kenyataan demi kenyataan Hassan Ali yang turut di petik oleh akhbar perdana. Agak hairan disini dimana kenyataan dari pemimpin pembangkang boleh di muat di akhbar perdana yang kita semua tau mereka tak akan membawa berita-berita yang tak menguntungkan UMNO/BN. Sedikit sebanyak krisis ini telah menampakan ketidaksetiakawan nya Pakatan Rakyat.
Sebelum itu krisis DAP Kedah dengan Ustaz Azizan yang berakhir dengan penarikan diri DAP dari Pakatan Rakyat Kedah. (Walaupun kini telah kembali). Di Pulau Pinang pula, Kg Buah Pala memeningkan Ketua Menteri nya Lim Guan Eng, yang berakhir dengan penduduk kampong tersebut terpaksa "mengaku kalah" dengan pihak pemaju.
Kecuali di Kelantan, TGNA yang berpengalaman selama 20 tahun memerintah Kelantan menjadi satu-satunya negeri Pakatan Rakyat yang tidak bermasalah. Itu pun masih juga cuba diburukan oleh Muhyiddin dengan mengatakan Kelantan adalah negeri yang mundur, tiada sebarang kemajuan yang di bawa PAS selama memerintah di sana. Kemuncak dari itu Tuan Guru telah menjemput Muhyiddin melawat Kelantan untuk melihat sendiri pembangunan di sana.
Percakaran demi percakaran antara wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat menunjukkan bahawa memang ada kebenaran nya seperti apa yang didakwa oleh UMNO BN yang Pakatan Rakyat satu pakatan yang rapuh. Masing-masing punya kepentingan tersendiri, bukan untuk kepentingan pengundi.
Masaalah -masaalah ini lah yang saya rasa antara lain menjadi penyebab kepada rebahnya PAS/Pakatan rakyat di Bagan Pinang Ahad lepas selain dari $ dan Sen yang ditaburkan oleh Umno/BN kepada pengundi Bagan Pinang. Apa nak dihairankan calonnya juga "perasuah". Sabagai pengundi yang kebanyakan nya kelas pertengahan, bawahan tidak perlu untuk memikirkan samada wakil mereka itu perasuah atau sesiapa saja, tapi yang pasti mereka boleh "mendapat sesuatu" darinya.
Pengundi Bagan Pinang tidak kisah berapa banyak wang yang Isa Samad laburkan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2004 untuk merebut Jawatan Naib Presiden UMNO, yang kemudiannya memenangi jawatan tersebut dengan undi tertinggi mengatasi Ali Rustam dan Muhyiddin. Pengundi tidak rugi apa-apa. Pengundi lebih mengingati beliau sebagai bekas Menteri Besar yang mungkin banyak "kebaikan" yang telah beliau lakukan untuk rakyat, tambahan Isa adalah Ketua Bahagian UMNO Teluk Kemang.
Untuk kepimpinan Pakatan Rakyat, jadikan lah ia sebagai pengajaran. Sesungguhnya masih banyak kekurangan yang dalam pentadbiran sekarang. Kurangkan pergeseran dalaman. Tumpuan harus diberikan kepada pengundi/rakyat yang mahukan perubahan. Perubahan yang jelas, nyata. Bukan perubahan antara YB-YB saja, rakyat juga tagihkan perubahan. Teringat saya antara lain kata-kata YB Tan Sri Khalid di ceramah malam terakhir Grand Finale di Markaz DAP Bt 9, "kami (kerajaan Selangor) ada memberi air percuma kepada penduduk Selangor, Negeri Sembilan bagi apa? ......" Ya perubahan yang nyata dan jelas semacam ini yang diperlukan rakyat.
Untuk SEMUA WAKIL-WAKIL RAKYAT PR, belajar-belajar lah untuk memenangi hati rakyat, di samping buat duit untuk poket sendiri (kalau ada la) :-)))
No comments:
Post a Comment