21 October 2009

Pengalaman Khalid Samad di Bagan Pinang - nizar pkfz


OKT 21 — Semestinya isu terhangat yang masih belum saya sentuh adalah persoalan kekalahan PAS dan PR di Bagan Pinang. Secara ringkasnya pandangan saya begini.

SUASANA PILIHAN RAYA DI BAGAN PINANG

Sampai ke Bagan Pinang saya dapat melihat kesemua dewan-dewan dihiasi bendera BN dan Umno. Tiada peluang PAS menggunakan mana-mana dewan. Kebanyakan rumah-rumah persendirian yang berlaman besar saya difahamkan telah disewa terlebih dahulu oleh BN. Rumah-rumah ini dihiasi sepanduk dan bendera Umno dan tiada peluang kami menyewa tempat untuk berceramah selain dari rumah-rumah ahli kami.

Umno menggunakan segala kekuatan mereka untuk menyekat dan menyempitkan ruang bergerak PAS serta PR. Teringat saya akan suasana pilihan raya di bawah BN dahulu di Selangor. Dewan-dewan dimonopoli BN. Ceramah-ceramah parti lawan juga disekat. Begitulah suasananya di Bagan Pinang.

Dibandingkan pula dengan suasana pilihan raya kecil di Permatang Pasir, Pulau Pinang di mana PR memerintah. BN dibenarkan menganjur majlis berbuka puasa di Masjid-masjid dan sebagainya. Maka jauh sangat bezanya.

Beginilah cara rakyat dikongkong oleh Umno/BN selama ini. Melalui kekuatan kewangan mereka dan salah guna kedudukan mereka sebagai kerajaan Negeri dan Pusat, rakyat dikuasai dan dihalang dari mendapat maklumat. Seperti biasa segala media arus perdana memberi laporan-laporan yang menyokong BN.

Budaya demokrasi, menghormati hak rakyat mendengar dan memilih, jelas tidak wujud dalam Umno/BN. Dalam masa yang sama, budaya samseng pula disuburkan. Saya sendiri telah melihat tindak tanduk pemuda Umno yang begitu agressif kerana mereka tahu mereka kebal undang-undang. Agaknya begini jugalah suasana Pilihan Raya di negeri Selangor sekiranya BN kembali memerintah Selangor. -- seterusnya

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive