25 November 2009

Anwar Ibrahim tak akan dapat apa yang diidamkannya

Penulis tertarik dengan pandangan rakan penulis, Dr Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia yang disiarkan di dalam MalaysiaKini. Di antaranya ialah :-
Dr Sivamurugan berpendapat bahawa Pakatan gagal menunjukkan mereka bersedia menerajui kerajaan pusat, berdasarkan kepada kelemahan pentadbiran berpusat yang ditunjukkan oleh beberapa kerajaan negeri yang ditadbirnya."Masing-masing dilihat menggunakan pendekatan parti sendiri di setiap negeri yang dikuasai mereka.
Pakatan kena tunjukkan mereka boleh mengambil pendekatan pentadbiran yang sama di semua negeri," katanya.
Beliau memberi contoh negeri Kedah, yang dikuasai PAS, yang dilihat lebih menumpukan kepada usaha menghapuskan kawasan ternakan babi, sehingga ada wakil DAP yang memprotes usaha tersebut.
"Di Selangor pula isu kepala lembu ditangani ikut cara PKR, dan DAP dengan isu Kampung Buah Pala di Pulau Pinang. Sebaliknya kalau kita lihat negeri-negeri dikuasai BN, kita tidak nampak negeri yang diperintah mengikut cara Umno, MCA ataupun MIC," katanya lagi.
Kesepakatan yang ada setakat ini, tambahnya, hanya wujud dalam objektif umum Pakatan Rakyat untuk menggulingkan BN dan juga kesefahaman untuk tidak menentang satu sama lain dalam pilihan raya 2008.
"Pemuafakatan itu sudah ada tapi tidak kukuh bila ada ahli yang mula menyoal pendirian parti dalam isu-isu berbeza. Masing-masing (parti) kena tumpukan lebih jauh daripada untuk tumbangkan BN semata-mata dan kena fikir tentang nilai-nilai persamaan," katanya.
Dalam pilihan raya Mac 2008, katanya, parti-parti yang bernaung di bawah Pakatan tidak menentang sesama sendiri dan pertandingan berlaku satu lawan satu antara calon BN dan Pakatan.
Pandangan Dr Sivamurugan tersebut telah menyetujui kekhuatiran kita mengenai kelonggaran dan wayang kulit yang dipertontonkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat selama ini. Mereka tidak dapat mencapai persetujuan di dalam perkara-perkara asas di dalam penyatuan perti-parti politik mereka.
Dan jika perkara-perkara asas ini pun gagal ditangani oleh pemimpin-pemimpin PAS, DAP dan Keadilan, cuba kita fikirkan suasana negara ini yang tidak menentu dan tunggang langgang jika mereka menang dan berebut-rebut jawatan tertinggi negara.Yang pastinya, DAP mempunyai bakal Perdana Menterinya sendiri, begitu juga parti PAS dan Keadilan!
Dan penulis pasti Anwar Ibrahim tidak akan dapat apa yang beliau idamkan selama ini.

- Minda Intelek Melayu

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive