SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melantik seorang pakar forensik bebas Profesor Dr Peter Vanezis dari United Kingdom, untuk menjadi pemerhati dalam bedah siasat kedua terhadap mayat Teoh Beng Hock pada 22 November ini.
Datuk Abdul Razak Musa, peguam pemerhati SPRM pada inkues bagi menyiasat kematian Teoh Beng Hock, berkata demikian kepada media selepas prosiding inkues ditangguhkan hari ini.
Abdul Razak berkata Dr Vanezis merupakan pengarah bagi Cameron Centre for Forensic Medical Sciences, London, dan telah mengendalikan sebanyak 2,000 autopsi kes kematian mengejut, yang 1,500 daripadanya membabitkan homisid.
Mayat Teoh akan digali semula pada Nov 21 atas permintaan keluarganya untuk bedah siasat kedua yang juga akan dihadiri pakar patologi Thailand, Dr Porntip Rojanasunan, bagi pihak kerajaan negeri Selangor. [seterusnya]
No comments:
Post a Comment