26 November 2009

Hebat sangat kah Mahathir?

Seminggu dua ini, media arus perdana memainkan isu beberapa cadangan yang mahukan bekas Perdana Menteri (PM) diberikan jawatan, baik dalam kerajaan mahu pun Umno, khususnya di negeri Kedah.

Kenapa tiba-tiba cadangan ini timbul, boleh dilihat dari beberapa sudut. Pertama, mereka yang mencadangkan sudah nampak, kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terlalu lemah.

Satu lagi pandangan, mengatakan angan-angan Umno mahu merampas kembali Kedah dari PAS hanya menjadi mimpi yang tidak akan menjadi kenyataan, tanpa bantuan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Seorang blogger terkemuka, yang juga merupakan anak jati Kedah menyindir Ketua Pembangkang DUN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid juga dkatakan gagal mengawal tingkah laku anak buah hingga menyebabkan DUN Kota Siputeh yang diwakili BN tiba-tiba menjadi kosong angkara “ponteng”.

Ketika Mahdzir menjadi Menteri Besar Kedah, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah dan Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Presiden Umno, Dr Mahathir digagalkan dalam usahanya menjadi salah seorang perwakilan G7 dari Umno Bahagian Kubang Pasu, yang pernah diterajui Dr Mahathir lebih 20 tahun.

Persoalannya, hebat sangatkah Dr Mahathir di mata media massa arus perdana hingga mereka tidak segan silu melupakan sejarah silamnya lantas mencadangkan supaya bekas PM ini diberikan jawatan dalam Umno di Kedah? [seterusnya]

2 comments:

Hamba said...

Mahathir memang hebat. Bukan calang-calang lanun yg berupaya meng'songlap' duit negara sampai ratus billion dan kemudian mendapat darjah kebesaran "TUN".

Bukan calang2 mamak yg dapat menipu dan mengaku melayu kemudian menjadi Presiden kepada parti totok melayu UMNO ( bodoh betul UMNo ni ye!). Kemudian berjaya menghina Sultan2 Melayu sambil orang2 Melayu dan UMNO bersorak2 sama.

Bukan calang2 makhluk yg mengaku islam tetapi berupaya menyekat dakwah dan hukum islam di Malaysia. Malah berlagak berilmu lebih dari lulusan agama ( padahal anak dan keluarga, islamnya tunggang terbalik).

Bukan calang2 orang yg boleh membidas negara asal nenek moyangnya sebagai terlalu demokrasi. Yang secara tak langsung membuat pengakuan bahwa masa pemerintahannya selama 22 tahun, malaysia adalah dibawah tyranny bukannya demokrasi.

Itulah hebatnya Mahathir ni... Kalau zaman dahulu kala ( zaman Nabi Musa) ada pemerintah yang kejam iaitu Firaun maka di zaman ini kita ada pemerintah yg hebat yg setanding dgn Firaun.

Malaysia memang betul2 BOLEH. Boleh mencipta para penzalim, lanun, perompak serta pengkhianat yg tidak tertanding. Malaysia hebat dan BOLEH....?

Anonymous said...

salam,

to hamba,

kenapa mencerca tun sebegitu rupa. tidak takutkah pembalasan Allah nanti. sekarang ini pun kita sudah nampak apa yang berlaku kepada jemaah kita. kacau bilau, dengki mendengki dan sebagainya. kita ni lebih teruk dpd tun. kalau tun itu zalim, kenapakah selepas beliau pecat anwar, satu negara buat sembahyang hajat tapi tiada apa yang berlaku pada tun tetapi lihatlah apa yang berlaku pada anwar. Allah itu maha Adil. segtala fitnah yang kita lemparkan sesama islam kita telah memakan diri kita sebenarnya. saya merasa takut. semoga Allah mnegampunkan saudara dan kita semua.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive