01 November 2009

Keadilan untuk Tian Chua

Kami amat kecewa dengan alasan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan ke atas Tian Chua yang dituduh menggigit seorang anggota polis ketika cuba menahan daripada ditangkap dalam perhimpunan BERSIH di hadapan Parlimen.
Dakwaan sabitan dan hukuman tersebut adalah percubaan untuk menyingkir kelayakan Tian Chua sebagai ahli Parlimen Batu. Hukuman denda sebanyak RM3,000 dan penjara 6 bulan adalah melampau memandangkan kecederan yang didakwa berlaku adalah kecil, malah Tian Chua tidak pernah memiliki apa-apa rekod jenayah.
Kami yakin bahawa hukuman ini adalah sebahagian daripada konspirasi politik terhadap Tian Chua, dimana seluruh episod merupakan satu penganaiyaan terancang terhadap Tian Chua.
Seandainya hukuman itu dikekalkan, bukan sahaja kerjaya politik Tian Chua yang akan dihancurkan secara peribadi, malah ia akan terus digunakan sebagai cara untuk menyekat kebebasan untuk berhimpun. di mana sesiapa yang didakwa di bawah perhimpunan haram akan dikenakan hukuman berat.
Dengan ini kami menyatakan sokongan kami bersama Tian Chua dan menolak hukuman yang berunsur politik serta penghakiman yang tidak adil ini. Bersama kami menegakkan " KEADILAN Untuk Tian"

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive