21 November 2009

Nash dituntut RM1.38 juta oleh bekas isteri


KUALA LUMPUR: Pengasas produk kecantikan Nouvelles Visages, Datuk Sosilawati Lawiya, semalam memfailkan tuntutan RM1.38 juta terhadap bekas suaminya yang juga vokalis kumpulan Lefthanded, Nash di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.

Dia menuntut bekas suaminya mengembalikan modal yang pernah dikeluarkannya untuk pelaburan di Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW2020) yang masing-masing RM200,000 serta Public Mutual Berhad (RM500,000).
Nash atau nama sebenarnya Jamaludin Elias, 50, selaku defendan juga dituntut mengembalikan wang RM480,000 yang dikeluarkan Sosilawati untuk menyelesaikan pinjaman bank dan bayaran berkaitan ke atas rumah di Seksyen 7, Shah Alam.

Tuntutan wang dan modal lebih RM1 juta yang pernah dikeluarkan usahawan wanita itu terhadap bekas suaminya dibuat melalui firma guaman syarie, Zaidi Zain & Associates.
Kes terbabit ditetapkan untuk majlis sulh iaitu perbicaraan dalam kamar pada 10 Disember depan. [seterusnya]

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive