Hari ini Seminar Khas PAS. Seminar ini bukan pemimpin turun padang, tapi akar-umbi dikorek masuk lori. Semasa dalam suasana seminar ini tentu banyak hal yang diwar-warkan kepada peserta.
Antaranya ialah hal Konvensyen Blogger PAS 2009. Inisiatif PAS ini memang bagus walaupun terlambat. Bloggers persendirian dah berpuluh-kali buat konvensyen. Dah tubuh universiti terbuka sendiri pun. UREKA, sebagai contoh. Dan ada juga member-member yang dah setup bisnes. Bukan saja dah pulang modal, tapi dah simpan keuntungan.
Bila sebut "Blogger PAS", baru saya sedar rupa-rupanya PAS ada blogger sendiri. Parti politik lain belum ada bloggers sendiri. Maksudnya, dalam hal blogging, PAS jauh lebih maju daripada parti-parti lain.
Dalam muktamar sanawi tahun depan tentu ada pembentangan atau laporan kewangan serta aktiviti yang berkaitan dengan blogging dan bloggers.
Semasa membaca pemakluman mengadakan konvensyen tersebut saya tercari-cari jika ada dinyatakan objektif konvensyen. Tapi, tak jumpa. Bila tak jumpa objektif yang tersurat, fahamlah saya tentulah objektifnya tersirat. Lagipun, objektif boleh dikatakan sebagai niat. Niat, mana ada yang tersurat. Semua niat tersemat dalam hati.
Agak-agak, apa objektif Konvensyen Blogger PAS 2009? Kenapa banyak ahli-ahli PAS yang jadi blogger tak mengaku sebagai blogger parti? Atau, memang PAS saja-saja mengaku setiap ahli parti yang jadi blogger dikira sebagai blogger parti? Memang gebu pipi PAS!
No comments:
Post a Comment