Ketika ditemui di luar sidang dewan undangan negeri di sini Isnin Liu berkata beliau tidak pernah mengadakan sebarang hubungan atau menyalurkan sebarang bantuan kepada PKM sama ada tenaga, makanan atau ubat-ubatan seperti didakwa laman blog itu.
Dakwaan laman blog itu adalah fitnah dan tidak berasas yang bertujuan menjatuhkan imejnya selaku wakil rakyat pakatan pembangkang di Pandamaran, Selangor.Selain menafikan penyaluran bantuan kepada PKM, Liu juga turut menolak dakwaan beliau pernah bertemu dengan bekas Setiausaha Agung PKM, Chin Peng di sempadan Thailand seperti yang didakwa.
Beliau berkata:"Saya tak tahu menahu mengenai perkara ini. Saya tidak pernah terlibat dalam aktiviti PKM. Saya ingat ini satu tuduhan terhadap saya yang mempunyai motif tertentu."Saya tidak pelik dengan dakwaan ini kerana sebelum ini terdapat pelbagai dakwaan yang mengaitkan saya dengan perkara tidak baik seperti 'mengarahkan mendiang Teoh Beng Hock dibunuh' serta mempunyai hubungan dengan kongsi gelap" katanya.
Ketika ditanya sama ada beliau akan membuat laporan polis mengenai dakwaan dalam blog itu, Liu berkata beliau tidak akan berbuat demikian kerana blog berkenaan tidak mempunyai maklumat seperti penulis serta pihak yang bertanggjawab mengendalikannya.-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment