01 December 2009

Demo di SUK Kelantan: Utusan Meloya Pembohong

KOTA BHARU 1 Dis. – Kira-kira 1,000 orang yang menggelarkan diri mereka Jemaah Prihatin Rakyat Kelantan berkumpul seawal pukul 9 pagi ini di pekarangan pejabat Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Darulnaim, di sini untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada pemimpin itu.
Memorandum diserahkan oleh wakil mereka, Che Johan Che Pa kepada Setiausaha Sulit kepada Nik Abdul Aziz, Anual Bakri adalah untuk meminta pemimpin berkenaan meletak jawatan dan menarik semula kenyataan doa menurunkan bala yang dibuatnya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perhimpunan tersebut berakhir pada kira-kira pukul 11.30 pagi selepas dikawal oleh anggota polis yang diketuai oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Abd. Rahim Hanafi. - Utusan
MSO yang membuat lintas langsung dari lokasi menyebut hanya terdapat lebih kurang 200 orang ... manakala malaysiakini hanya menyebut 100 orang ... dan dari Pinkturtle sekitar jam 11.30 pagi tadi hanya menulis sekitar 50 orang saja. Harakah melapurkan hanya dalam 50 orang yang terlibat, yang selebihnya sekitar 1000 orang hanya lah penonton ...
Kalau nak kata BUTA mustahil lah, sebab kalau buta dia tak akan nampak langsung, jadi aku boleh katakan pemberita Utusan Meloya ni RABUN. Jadi aku nasihatkan pengurusan Utusan agar tamatkan saja perkhidmatan pemberita RABUN ni. Kah kah kah

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive