14 December 2009

Pahang bakal dapat MB baru?

oleh Nizam Hamid

DEC 14 — Defisit belanjawan untuk 12 tahun berturut-turut sekali lagi menggoyah kedudukan Adnan Yaakob sebagai Menteri Besar Negeri Pahang. Sumber maklumat dalaman Umno menyebarkan khabar bahawa Datuk Adnan Yaakob mungkin “dipindah” ke pusat untuk mengosongkan jawatan yang disandangnya lebih daripada satu dekad, lantas diisi oleh calon yang dilantik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pada hakikatnya, sudah tiba masanya untuk menukar MB. Pimpinan kerajaan negeri oleh Adnan kini terperangkap dalam kebuntuan. Beliau melihat dasar dirinya sebagai dasar terbaik, malah bermegah dengan dirinya kerana tidak meluluskan lesen pembalakan yang baru.

Namun, beliau bukanlah seorang yang baik dalam pengurusan, bukan sahaja tidak bijak dalam berniaga, malah mengakibatkan defisit belanjawan negeri Pahang untuk 10 tahun berturut-turut.

Pemimpin baru dengan gaya barunya sekurang-kurangnya akan menyuntik sesuatu yang baru untuk negeri Pahang. Dari kaca mata peniaga, MB ini tidak berwawasan, hanya menjaga sumber dan harta yang sedia ada. MB ini juga dilihat gagal memikirkan dasar yang terbuka untuk menarik lebih ramai pelabur.

Sebagaimana yang diketahui, Pahang sebuah negeri yang kaya dengan sumber semulajadi. Seandainya diterokai dan digunakan dengan sebaik-baiknya, maka ia bakal menarik pelaburan, lantas mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan. [seterusnya]

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive