PETALING JAYA, Dis 4 — Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) memberi kata dua akan memboikot Pakatan Rakyat khususnya PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) jika kedua-duanya gagal mengubah tindak tanduknya yang sejak kebelakangan ini kelihatan bertentangan dengan prinsip politik baru yang pernah dijanjikan.
Gerakan pelajar institusi pengajian itu menegaskan pihaknya tidak akan menjana sokongan generasi muda — dianggarkan dalam sekitar sejuta orang — dalam pilihan raya umum ke-13 jika PAS dan PKR terus memperlihatkan kenyataan dan tindakan yang tidak lagi mendukung prinsip kebebasan bersuara dan berhimpun.
PR mencapai kemenangan luar biasa pada Mac 2008, sebahagiannya disebabkan oleh sokongan dan pengaruh pengundi generasi muda.
"Justeru, mahasiswa pada hari ini menggesa agar gesaan dan tuntutan ini dapat diambil tindakan perubahan yang agresif oleh ahli-ahli dan kepimpinan Dewan Pemuda PAS dan Angkatan Muda Keadilan (PKR).
"Mahasiswa juga meminta supaya kepimpinan pemuda kedua-dua parti ini dapat mengetepikan ego dan tidak bersikap sombong dalam mengambil pandangan rakyat khususnya mahasiswa yang memang cenderung untuk melihat kesejahteraan rakyat," kata Pengerusi SMM Mohd Shazni Munir Mohd Ithnin pada sidang media di sini pagi ini.
Sehubungan itu SMM meletakkan empat tuntutan iaitu: [DI SINI]
- The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment