31 December 2009

Timb Ketua AMK Kelantan ditahan kerana dadah

PETALING JAYA, Dis 31 — Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan Azmi Ismail kini ditahan polis kerana dipercayai terlibat dengan pengedaran dadah.

Dia ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 yang boleh membawa kepada penahanan maksimum 60 hari.

Penahanan itu disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan Superitendan Md Azmi Othman yang dihubungi Awani hari ini.

Azmi yang juga Ketua Keadilan Bahagian Pengekalan Chepa ditahan pada 23 Dis lalu di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, Kota Baru.

Polis turut menyita sebuah kereta Mercedes milik Azmi.

Dalam pada itu, Ketua AMK Kelantan Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad ketika dihubungi The Malaysian Insider mengesahkan pihaknya dimaklumkan tentang penahanan Azmi.

"Ya, kita sudah dapat maklumat yang beliau ditahan di bawah Langkah-langkah Pencegahan Khas," kata beliau sambil menambah, pihaknya menganggap ia sebagai masalah peribadi dan menyerahkan kepada lunas perundangan untuk menentukan kesudahannya kerana ia masih disiasat.

"Setakat ini kami belum menemui beliau, hanya keluarga terdekat dibenarkan untuk melawat beliau," katanya.

Khairul menambah, partinya akan menghulurkan sokongan yang diperlukan kepada Azmi - TMI

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive