31 December 2009

Zizie Bung Mokhtar berbulan madu di Eropah


PETALING JAYA, Dis 31 — Pelakon Zizie Izette kini dikatakan sedang berbulan madu di Eropah bersama suaminya, Datuk Bung Moktar Radin, 51, dan dijangka pulang ke tanah air pada 8 Jan.

Laporan Utusan Malaysia menyebut, Zizie atau nama sebenarnya Zizie Izette Abdul Samad, 31, difahamkan berlepas ke Filipina pada 24 Dis lalu setelah selesai menjalani penggambaran drama 25 episod Suraya terbitan Zeel Production.

Dari Filipina, Zizie yang memegang watak Suraya dalam drama yang disiarkan di TV3 melalui slot Samarinda itu, meneruskan penerbangan ke Eropah.

Memetik sumber laporan itu berkata, selain bulan madu di Eropah, Zizie juga menerima sebuah kereta mewah BMW Sport berwarna hitam dengan nombor pendaftaran WPY 2121 (yang membawa makna Zizi) sebagai hadiah perkahwinan.

Pada 20 Dis lalu, Bung Moktar, Ahli Parlimen Kinabatangan akhirnya mengakui beliau sudah memiliki aktres itu sebagai isteri keduanya.

Wakil rakyat itu berkata beliau kini mahu semua pihak menghormati privasinya.

Sumber tersebut memberitahu, Zizie melangsungkan pernikahannya dengan Bung Moktar apabila mengambil cuti dua hari daripada penggambaran pada 16 Dis lalu.

"Kami memang tidak diberitahu di mana pernikahan itu berlangsung dan bila. Tetapi Zizie ada memberitahu pihak produksi dia telah bernikah.

"Sekembalinya bercuti dua hari itu, kami melihat Zizie memandu BMW Sport yang berharga RM280,000 ke lokasi," kata sumber berkenaan.

Selain berbulan madu ke Eropah dan kereta mewah sebagai hadiah perkahwinan, Zizie juga kini mempunyai syarikat penerbitan sendiri yang dikenali 2121 Vision Pictures Sdn. Bhd.

Walaupun sudah mempunyai syarikat penerbitan sendiri, Zizie dikatakan akan meneruskan kerjayanya dalam bidang lakonan.

Difahamkan sekembalinya dari berbulan madu, Zizie akan memasuki set penggambaran telemovie Azan terbitan Zeel Production. - TMI

2 comments:

YANG GAMBI said...

Salam, tahniah kepada BUng dan Zizi.... selamat berbulan madu..... BMW semua orang boleh beli bayar mua RM10,000 je..........

Anonymous said...

apsal la muatkan n3 camni.... meluat aku. banyak citer lain yang boleh dibincangkan daripada kisah dua ekor malaon ni.... apa sumbangan mereka kepada agama dan bangsa? pegilah berambus kemana dia suka, kalau flight yang dia naik tu terhempas pun bagus gak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive