31 January 2010

MP "raba-raba" jadi broker lompat parti : DSAI

BN Guna Taktik Baru Umpan Wakil PR

Barisan Nasional menggunakan taktik baru untuk memancing ahli parlimen pakatan rakyat meninggalkan parti masing-masing.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, datuk seri Anwar Ibrahim berkata, wakil Barisan Nasional kini menggalakkan ahli-ahli PKR yang dipercayai tidak puas hati dengan beberapa isu dalam parti supaya menyertai parti ketiga.

Beliau menamakan Duta Malaysia ke Amerika Syarikat dr jamaluddin jarjis sebagai orang tengah atau broker memancing bekas timbalan ketua Keadilan Pahang, Azan Ismail supaya menyertai Parti Cinta Malaysia atau PCM.

Pada masa yang sama wakil PCM juga cuba memujuk ahli parlimen Keadilan Balik Pulau Yusmadi Yusuf supaya menyertai parti baru itu.

Azan Ismail yang juga ahli parlimen PKR bagi kerusi Indera Mahkota mengumumkan peletakan jawatan sebagai timbalan ketua PKR Pahang kerana berseliseh pendapat dengan kepemimpinan negeri.

Anwar percaya barisan nasional berusaha memujuk wakil-wakil rakyat PKR dan mungkin parti kerabat Pakatan Rakyat bagi meninggalkan parti masing-masing sebelum sambutan Tahun Baru Cina dua minggu lagi. - TVSel

2 comments:

azman kamarul said...

Takkanlah MP PKR nak ikut mp RABA-RABA tu..pulak lepas mabuk-mabuk...jatuhlah standard MP PKR..kalau nak ikut hak jenis ni..

Anonymous said...

Anwar mana mengaku kesilapan sendiri....balik balik salah orang gakkk...tak sedar diri ini ANWAR...penjilat buntut DAP betui laaa ANWAR nie. Yang MP Indera Mahkota tuu plakk.. ditawar dengan duit atau menawar diri dengan duit...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive