... dan antara yang terselit dicelah-celah kehebatan, kebanggaan, kejayaan, kesibukan, kecelaruan dan macam-macam lagi "ke" di Kuala Lumpur ini adalah ...
KUALA LUMPUR: Kelab janda bergetah! Itu jolokan diberikan kepada sebuah pusat karaoke terkemuka di ibu kota kerana kebanyakan pelayannya terdiri daripada kumpulan janda warga tempatan yang masih muda dan mempunyai bentuk badan menggiurkan.
Difahamkan, kebanyakan pelayan di premis terbabit digelar ‘mak jan’ selain dikatakan mampu mengaut pendapatan mencecah RM15,000 sebulan.
Tidak cukup dengan itu, kebanyakan ‘mak jan’ cuba menggoda pelanggan untuk mendapatkan pendapatan tambahan RM200 dengan menawarkan khidmat seks dalam tandas bilik karaoke berkenaan.
Berdasarkan siasatan wartawan Harian Metro, tandas terbabit turut menyediakan sebuah kerusi panjang yang digunakan sebagai ‘katil’ untuk melakukan seks.
Selain itu, sebuah laluan kecemasan turut disediakan dalam tandas itu sebagai lorong rahsia sekiranya premis terbabit diserbu pihak berkuasa.
Turut menjadi tarikan pelanggan apabila lampu bilik karaoke itu akan ditutup sebaik menghampiri waktu kemuncak sebagai isyarat membolehkan pelanggan melakukan pelbagai aksi terhadap pelayan terbabit.
Malah, kumpulan ‘mak jan’ itu juga bersedia mengikut pelanggan mereka ke rumah untuk menjadi teman sepanjang malam dengan mengenakan bayaran berasingan RM500.
Selain kebebasan yang ditawarkan di premis berkenaan, pusat karaoke itu turut diberi jolokan sebagai ‘syurga karaoke’ di kalangan pelanggan kerana kekebalannya menjalankan aktiviti haram itu biarpun premisnya berhampiran sebuah balai polis.
Itu kehebatan ‘syurga karaoke’ yang dikatakan sudah beroperasi sejak beberapa tahun lalu selain memiliki ratusan pengunjung saban malam.
Difahamkan, premis terbabit beroperasi bermula jam 8 malam hingga 3 pagi dan kebanyakan pengunjung pusat berkenaan terdiri daripada warga emas berpoket tebal.
Seorang ‘mak jan’ yang dikenali sebagai Caira, 20-an, berkata kebanyakan pelanggan akan diberikan layanan terbaik oleh setiap pelayan.
“Kami bukan saja menemani mereka untuk menyanyi, malah kebanyakan pelayan bersedia untuk menyerahkan tubuh mereka kepada pelanggan.
“Namun, mereka perlu memberikan bayaran tambahan kepada kami. Jika pelanggan malu untuk melakukan hubungan seks di hadapan kawan-kawannya, kita boleh masuk dalam tandas,” katanya ketika ditemui di pusat karaoke berkenaan, semalam.
Menurut Caira, dia bekerja di pusat karaoke terbabit kerana kesempitan wang untuk menanggung ahli keluarganya yang ramai.
“Kita bekerja untuk cari makan dan bukan mencuri. Mungkin pada segelintir orang ia satu kerja kotor, namun bagi saya setiap pekerjaan memerlukan usaha dan pengorbanan.
“Orang kat luar sana tau kutuk ja...bukan hendak menanggung makan dan minum saya termasuk keperluan lain.
“Bila wang yang saya kumpul itu cukup, saya akan berhenti dan memulakan perniagaan,” katanya.
Caira berkata, dia yang bekerja di premis itu sejak setahun lalu, memperoleh pendapatan RM10,000 hingga RM15,000 sebulan.
“Saya bekerja di sini dengan kerelaan hati dan bukan atas paksaan ibu ayam. Malah, ibu ayam melayan saya dengan baik seperti ahli keluarganya sendiri.
“Mana tidaknya, saya nak datang kerja ke tak pun tidak menjadi halangan kepada mereka. Di sini saya bebas,” katanya.
Katanya, pengurusan pusat karaoke itu akan membayar gajinya setiap hari berdasarkan tempahan pelanggan.
“Namun, bayaran untuk hari ini akan dibayar esok dan begitu seterusnya,” katanya. - myMetro
1 comment:
Bukan saja janda malah aku pernah bertemu dengan isteri orang, isteri seorang anggota keselamatan yg membuat "part time". Katanya dia dtg dengan kerelaam suami nya yang bergaji kecil, dan menawarkan tubuhnya untuk 1 malam dgn bayaran rm500. Tak tau samada tempat yang sama atau tidak, tapi mmg berdekatan dengan sebuah balai polis.
Post a Comment