Hujung minggu lalu ketika saya sedang berehat selepas mendaki Bukit Gasing dan bersarapan pagi, saya telah dihubungi dan dimaklumkan tentang penangkapan sembilan orang mahasiswa oleh polis dan mereka telah meminta bantuan guaman. Penangkapan dikatakan berlaku di sekitar Kuala Lumpur, yang mana pihak polis mendakwa bahawa mahasiswa-mahasiswa tersebut telah terlibat dalam satu perhimpunan haram.
Sejak kebelakangan ini, saya memang mengikuti perkembangan kebangkitan mahasiswa-mahasiswa universiti tempatan kita yang semakin berani menyuarakan pendapat dan ketidakpuasan hati mereka terhadap sistem pentadbiran universiti dan lain-lain isu yang berkaitan dengan kebebasan akademik dan orang ramai secara keseluruhan. Saya pernah menghadiri beberapa siri forum yang mana terdapat beberapa wakil mahasiswa bersuara, dan pendapat yang disuarakan sangat tajam, bernas dan berani.
Rancangan AUKU gagal
Justeru itu, saya tidak terkejut sekiranya kerajaan persekutuan kini sudah mula berasa takut dan risau, walaupun isu yang dibangkitkan oleh golongan mahasiswa ini kebanyakannya adalah isu politik kampus dan bukannya negara, tetapi nampaknya rancangan kerajaan untuk melahirkan lebih banyak lagi mahasiswa-mahasiswa kurang bijak melalui AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti) nampaknya sudah tidak berjaya.
Ketika mahasiswa-mahasiswa tersebut menghubungi saya, saya telah meminta mereka memberikan saya nama pegawai polis yang bertugas dan jikalau boleh, mendapatkan nombor telefonnya sekali. Selepas lebih satu jam, salah seorang rakan mahasiswa yang ditangkap telah memberikan nama pegawai yang bertugas tetapi beliau gagal mendapatkan nombor telefonnnya. Maka saya telah menghubungi sendiri balai polis di mana mahasiswa-mahasiswa tersebut ditahan dan minta dihubungkan dengan pegawai terbabit.
"Sayalah polis yang tangkap awak (dulu)...
Baru saja saya memperkenalkan diri saya sebagai "Puspa" kepada pegawai polis tersebut yang berpangkat ASP, beliau menyambung "Puspawati Rosman"?. " [seterusnya]
1 comment:
Polis tu sedikit sebanyak macam 'Sarjana' dalam cerita P. Ramlee - Ahmad Albab.
Post a Comment