07 January 2010

Program UMNO Juara Rakyat - Pakatan bila nak buat?


Penari kebudayaan untuk acara pembukaan sedang mengadakan latihan

Disebabkan kerja, bukan kerana menyokong UMNO, tapi kerana GLC tempat saya mencari makan di arahkan Najib untuk menyertai program ini, maka saya kini berada di tapak Program UMNO Juara Rakyat, di Bukit Sentosa, Bukit Beruntung, Selangor.

Program mendekati rakyat anjuran UMNO Malayasia ini akan berlangsung selama 3 hari mulai Jumaat hingga Ahad dari jam 9.00 pagi hingga 12 malam. Ia akan diraasmikan oleh Najib pada Sabtu 9 Jan nanti.
Pelbagai aktiviti dan program telah diatur termasuk lawatan ke pusat-pusat anak yatim, sekolah-sekolah bedekatan, penyampaian derma komputerdan peralatan sekolah serta pakaian, pertunjukan pentas, pertandingan nasyid dan lain-lain.
Buat masa ini (1.30tghari) polis sedang mengadakan latihan membawa masuk najib untuk upacara perasmian.

Antara GLC terlibat termasuk Proton, Perodua, Media Prima, Utusan Melayu, dan PETRONAS.

Gerai-gerai lain termasuklah FELDA, Jabatan Haiwan, JPM dan gera-gerai dari UMNO, Pemuda, Puteri dari seluruh negara.

Dari sembang-sembang saya dengan juak-juak UMNO ni katanya program ini akan diadakan disetiap negeri. Selepas ini, program serupa akan diadakan di Seremban.

Cadangan saya agar pihak Pakatan Rakyat juga dapat memikirkan untuk mengadakan Program yang sama atau lebih lagi dari program Juara Rakyat UMNO ini demi mendekati rakyat secara dekat sebagai persediaan menghadapi PRU13.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive