13 March 2010

Carlos Sim orang terkaya di dunia

NEW YORK: Ahli perniagaan Mexico, Carlos Sim menewaskan Bill Gates dan Warren Buffett untuk muncul orang pertama dari luar Amerika Syarikat sejak 16 tahun disenaraikan oleh Forbes sebagai terkaya di dunia.

Nilai bersih kekayaan Sim, 70, pembina empayar telekomunikasi selepas membeli syarikat telefon milik kerajaan Mexico dua dekad lalu, meningkat AS$18.5 bilion kepada AS$53.5 bilion.

Gates, 54, pengerusi Microsoft Corporation jatuh ke tempat kedua apabila nilai kekayaannya meningkat AS$13 bilion kepada AS$53 bilion.

Buffett, 79, pengerusi Berkshire Hathaway Inc. menduduki tempat ketiga dengan nilai kekayaannya AS$47 bilion, dengan peningkatan sebanyak AS$10 bilion.

Orang Asia terkaya, Mukesh Ambani, 52, dari India, pengerusi syarikat tenaga dan penapis, Reliance Industries Ltd, menduduki tempat keempat dengan nilai kekayaan AS$29 bilion, meningkat dari AS$19.5 bilion tahun lepas, apabila beliau menduduki tempat ketujuh.

Lakshmi Mittal, 59, juga dari India, ketua pegawai eksekutif pengilang besi terbesar dunia, ArcelorMittal, menduduki tempat kelima dari tempat kelapan. Nilai bersih kekayaan Mittal meningkat AS$9.5 bilion kepada AS$28.7 bilion.

Sementara itu, Malaysia mempunyai paling ramai bilionaire di Asia Tenggara dengan tokoh ternama Tan Sri Robert Kuok merupakan ahli perniagaan ke 33 paling kaya di dunia dengan kekayaan bernilai AS$14.5 bilion.

Bekas "Sugar King" itu, 86, adalah di antara sembilan rakyat Malaysia yang berjaya menempah nama dalam "2010 Forbes List of the World’s Billionaires", yang menyenaraikan 1,011 bilionaire.
Beliau berkongsi di tempat ke 33 itu bersama Steven Ballmer dari Microsoft. Robert Kuok, juga disenaraikan sebagai orang ketujuh paling kaya di Asia. - Free Malaysia Today

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive