30 March 2010

DEMO DI KLCC - 31 MAC 5 PTG

Warga KL dan sekitar nya di jemput datang beramai-ramai ke Jalan Binjai KLCC ( berhampiran Masjid KLCC) pada petang esok (Rabu) jam 5 petang untuk menyaksikan demonstrasi F1 oleh 2 pemandu dari Team Mercedes GP PETRONAS.
Micheal Schumacher dan Nico Rosberg akan menggayakan kehebatan dalam F1 untuk disaksikan orang ramai disekitar Jalan Binjai bersempena dengan PETRONAS PIT PULSE yang sedang berlangsung sekarang sehingga Ahad ini. Promosi anjuran bersama PETRONAS dan Mercedes ini di adakan bersempena dengan pusingan ke 3 pelumbann F1 yang bakal diadakan di litar Sepang pada Sabtu dan Ahad ini.
Pelbagai aktiviti-aktiviti menarik diadakan setiap hari mulai jam 10 pagi hingga 10 malam Masuk adalah percuma.
Antara yang menarik adalah demonstrasi Motorcross oleh pelumba-pelumba Supercross Malaysia dan Thailand, pertunjukan go-kart, remote control, simulator F1 dan lain-lain lagi aktiviti yangg pastinya akan menghiubirkan anda
Untuk yang ingin bertemu Schumacher dan Rosberg anda boleh datang pada hari ini (Selasa) di tapak PETRONAS PIT PULSE ini pada jam 5 ptg nanti.
Pastikan anda tidak tersekat dikesesakan lalulintas pada petang Rabu - 31 Mac nanti, kerana banyak jalan-jalan disekitar KLCC akan ditutup mulai jam 2 ptg untuk demonstrasi pada petang nya.
Jumpa anda nanti ...

2 comments:

Anonymous said...

F1 adalah permainan orang kaya and Negara Kaya. Kami harus menjaukan diri dari permainan dangan api itu.Ramalx

Stone525i said...

Untuk Anonymous, F1 adalah permaianan Syarikat (bukan orang persaorangan) yang kaya seperti PETRONAS. Tujuan artikel diatas dikeluarkan hanya sebagai pemberitahuan utk yang berminat dan sebagai pengetahuan. Untuk pengetahuan saudara/i Anony, F1 juga penjana ekononi negara terutama disektor perhotelan dan banyak lagi..Saya tidak punya angka yang tepat, tp dapat saya katakan ramai rakyat kita yang secara langsung/tidak langsung beroleh pendapatan sampingan setiap kali F1 diadakan di negara kita ini. Banyak jawatan sementara yang tak dapat nak saya senaraikan disini diwujudkan oleh terutamanya pihak litar Sepang dan penaja-penaja tempatan. Jadi untuk Anony saya rasa tak perlulah saudara/i merasakan yang F1 ini sebagai satu pembaziran dan 1 lgi jangan lah dicampur adukan sukan dgn politik.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive