Tak habis lagi katak ni nak buat hal ...
Oleh G. Manimaran
KUALA LUMPUR, 15 Mac — Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin yang dipecat Parti Keadilan Rakyat (PKR) lebih seminggu lalu terus menjadikan bekas ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim sasaran kritikan beliau menjelang sidang baru Parlimen hari ini.
Zulkifli yang dipecat berhubung kes disiplin menegaskan, Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat seharusnya meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.
Mengambil kira kerusi dimiliki DAP lebih banyak berbanding PKR dan PAS, kata beliau, mengikut konvensyen berparlimen dan nilai demokrasi, seharusnya Anwar mengosongkan kerusi Ketua Pembangkang dan menyerahkannya kepada Penasihat DAP Lim Kit Siang.
“Sebenarnya itulah cara terbaik dan paling demokratik yang patut dilakukan oleh Anwar,” kata wakil rakyat kontroversi ini dalam tulisan blognya malam tadi.
“Kalau saya menjadi penasihat strategi dan politik Anwar, saya akan menasihatkan beliau supaya mengosongkan kerusi Ketua Pembangkang.
“Saya cukup pasti kalau itu dilakukan, rakyat akan lebih menghormati Anwar kerana akan dilihat tidak mementingkan jawatan, dan bersikap menghormati nilai demokrasi yang dilaungkan oleh PKR,” katanya.
Zulkifli menambah beliau pasti PAS dan DAP akan membawa usul dalam Parlimen supaya Anwar yang juga Penasihat PKR dikekalkan sebagai Ketua Pembangkang.
“Dan semasa usul serta bahas, saya akan nasihatkan Anwar supaya jangan berada dalam Dewan. Dan, saya cukup pasti BN tidak akan membantah usul itu kerana ia tiada kena-mengena dengan BN,” katanya. [seterusnya]
No comments:
Post a Comment