07 March 2010

Kemana perginya berjuta malah berbilion wang yang diperuntukan kepada Melayu Pulau Pinang sebelum ini?

Nasib Melayu Pulau Pinang

7 MAC — Masalah Melayu Pulau Pinang yang dikatakan terpinggir biasanya dibangkitkan setiap kali menjelang Perhimpunan Agung Umno. Agenda siapa, tak tahulah. Selepas itu suara-suara marah reda sehinggalah tahun berikutnya.

Namun selepas Barisan Nasional tewas dalam pilihan raya umum Mac 2008, isu Melayu Pulau Pinang yang biasanya timbul setahun sekali, secara tiba-tiba golongan ini menjadi terpinggir dan ditindas setiap hari; setidak-tidaknya itulah yang dilaporkan oleh media arus perdana saban hari.

Agendanya adalah untuk memperlihatkan kepada orang Melayu, terutamanya mereka yang berada di luar Pulau Pinang, betapa kejam dan zalim kerajaan negeri pimpinan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang telah dituduh anti-Melayu dan anti-Islam.

Pada masa yang sama, kumpulan-kumpulan ketuanan kaum telah mengetepikan fakta di mana DAP disokong oleh Pas dan Parti Keadilan Rakyat, walau pun ada seorang dua masih tidak faham hasrat rakyat. Kumpulan ini juga menyembunyikan hakikat di mana kerajaan negeri Pakatan mendapat kerjasama penuh daripada perkhidmatan awam negeri dan pihak berkuasa tempatan yang mana majoriti pegawai dan anggotanya adalah kalangan Melayu.

Malah, juara-juara kaum ini membisu dengan apa yang telah berlaku kepada orang Melayu sebelum Mac 8, 2008 di mana Barisan Nasional, dan sebelum itu Perikatan, telah memerintah Pulau Pinang sejak 1957. [seterusnya]

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive