07 March 2010

Maka Mingguan pun lapurlah : Zul tak hirau dipecat


Maka dilapur dengan begitu megah sekali oleh surat khabar di atas, hampir 3/4 muka depan surat khabar ni memaparkan gambar Zul yang telah dipecat dengan tajuk nya seperti di atas.

Maka .... berkata lah Zul "Keputusan tersebut memberi bukti kepada saya bahawa PKR tidak mempunyai sebarang agenda untuk perjuangan Islam. Mereka tidak dapat menerima agenda perjuangan Islam. Berdasarkan itu tiada sebab dan alasan lagi untuk saya terus berada di dalam PKR. Malah saya berasa malu kepada Allah dan umat Islam untuk terus bersama PKR"

Kah kah kah ... apa punya statement ni YB? Statement YB tu seolah-oleh YB yang tinggalkan PKR atas sebab PKR tak terima Islam (konon), tapi yang terjadi sekarang ni YB yang di tendang keluar dari PKR kerana "kurang berdisiplin".

Tapi ingat lah YB, YB menang dulu atas tiket PKR, pengundi pangkah YB kerana PKR, jadi ramai yang berharap sangat agar YB kosongkan lah kerusi KBB tu yer .... Tak malu kah YB untuk terus makan elaun MP PKR, padahal YB bukan lagi ahli PKR ... Saya kurang arif bab ni, tak macam YB yang begitu arif tentang hal-hal hukum halal haram ni ... sekadar nak tanya YB la, apakah elaun MP tu masih HALAL untuk YB???

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive