01 March 2010

Lagi katak lompat keluar PKR - AP Nibong Tebal dan bekas S/U Agung

Ahli Parlimen Nibong Tebal dan Bekas Setiausaha Agung keluar PKR.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mengisytiharkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas berkuat kuasa serta-merta.Beliau keluar parti dengan alasan "kecewa dengan kepimpinan parti itu".Tan membuat pegumuman tersebut pada sidang akhbar di sini.
Rabu lepas, Tan menghadap Lembaga Disiplin PKR berhubung kenyataannya yang mengecam Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, dan juga kritikannya yang mempertikaikan kedudukan Dr Syed Husin Ali sebagai Timbalan Presiden PKR.
Bagaimanapun selepas dua jam menghadap lembaga disiplin, Tan akhirnya bersetuju memohon maaf kepada timbalan presiden parti, namun enggan meminta maaf kepada Lim.Dalam pilihan raya umum lepas, Tan menewaskan calon Barisan Nasional, Zainal Abidin Osman yang juga penyandang kerusi itu dengan majoriti 3,087 undi.
Dalam perkembangan yang berkaitan bekas setiausaha agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim juga bertindak keluar parti selepas melepaskan jawatannya itu Januari lalu.
STONE: Musim katak-katak melompat untuk keluar cari makan. Siapa lagi lepas ni?

4 comments:

Unknown said...

Hayat PKR sudah hampir tiba, satu demi satu pemimpin nya dah mula lompat keluar parti.

PKR pasti hancur sebelum PRU13 menjelang

nik ismail said...

malang sungguh nasib PKR kerana pemimpin nya yang suka melompak telah melompak keluar macam katak

Rahman said...

ello penulis,
deme bukan katak.deme baru dapat hidayah.anda bila lagi? jgn sampai terlambat utk bertaubat k.kubur panggil mari nyawa kata pergi.cepat jgn lewat k.PKR adalah musuh islam.ini nyata.

mohd ali ismail said...

Kena pada masanya ahli ahli yang hendak melompat keluar dari PKR ka UMNO/BN.Kalau tidak PKR munkin tak dapat kenal pasti siapa kawan dan siapa lawan tiba PRU13 nanti kerana musush dalam selimut susah nak di kesan.Ada kebaikan dan hikmah nya mereka mereka ini berambus sekarang, kurangkan duri dalam dagin!.Patah tumbuh hilang berganti.Banyak lagi cerdik pandai akan tampil mengambil tempat mereka ini,tak payah susah atau patah hati.Kata orang putih "nobody is dispensable".Pokoknya perjuangan yang murni diteruskan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive