06 March 2010

Zul Kulim - Tak akan merayu. kekal Ahli Parlimen

Oleh G. Manimaran
KUALA LUMPUR, 6 Mac - Zulkifli Noordin yang dipecat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini tidak akan membuat rayuan, malah tidak akan mengosongkan kerusi Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu yang dimenanginya genap dua tahun lalu.

Beliau mahu menyertai tiga lagi rakannya yang sudah pun keluar PKR dan bertindak sebagai Ahli Parlimen Bebas.

“Tiada sebab mengapa saya harus membuat rayuan... mengapa saya harus kosongkan kerusi saya juga,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider sebentar tadi.

Majlis Pimpinan Pusat PKR memutuskan untuk memecat beliau petang ini.

Majlis Pimpinan Pusat PKR yang mengadakan mesyuarat tiga jam juga mengarahkannya agar mengosongkan kerusi Parlimen itu yang dimenangi pada 8 Mac 2008.

“Saya merasakan saya tidak membuat apa-apa kesalahan, saya berpegang kepada pendirian saya yang telah saya pun katakan selama ini,” kata Zulkifli merujuk kepada pendiriannya bahawa apabila mempertimbangkan antara agama dan parti, beliau akan mengutamakan soal agama.

Dengan keputusan Majlis Pimpinan Pusat itu kata Zulkifli, beliau telah “dipaksa untuk keluar parti”, bukannya “saya yang keluar parti.”

Sambil mengulangi kenyataan pagi tadi bahawa PKR “sudah menggali kuburnya sendiri”, Zulkifli meramalkan situasi ahli dan pemimpin keluar secara besar-besaran dari parti itu dalam waktu terdekat.

“Sebentar tadi saya turut menerima satu panggilan daripada seorang pemimpin kanan mengatakan sedih dengan keputusan dibuat parti selepas kami berjuang begitu lama dalam parti.

“Berdasarkan pandangan dia, saya dapat merasakan ramai kecewa dan boleh menjangkakan kesan yang mendalam terhadap parti,” kata beliau yang membuat persiapan untuk pergi ke kawasannya malam ini. [seterusnya]

1 comment:

Samdol said...

hang nak bohong lagi....berapa lama hang berjuang dalam PKR....Hang yang gali kubur hang sendiri kot!!!!! piiiirah...Jenis malaun punya orang..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive