12 April 2010

Andai DSAI digantung ...

Pakatan bincang strategi jika Anwar digantung

Oleh Asrul Hadi Abdullah Sani

KUALA LUMPUR, 12 April — Kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) akan membincangkan strategi pada Rabu ini jika Parlimen menggantung Datuk Seri Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar), yang mengaitkan 1 Malaysia dengan konsep One Israel.

Kerajaan Barisan Nasional akan merujuk Anwar, yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan pada 22 April ini atas alasan beliau gagal memberikan bukti kukuh untuk menyokong dakwaannya itu.

The Malaysian Insider difahamkan pemimpin-pemimpin PR akan membincangkan kemungkinan itu apabila usul menggantung Ahli Parlimen Permatang Pauh ini dibentangkan.

Anwar, Ketua Umum PR menegaskan, APCO menyediakan perkhidmatan kepada usaha pembentukan konsep 1Malaysia kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan One Israel yang diperkenalkan oleh Ehud Barak.

Bagaimanapun APCO menafikan kaitannya dengan konsep One Israel dan berkata, initiatif 1Malaysia dirangka sebelum pembabitan syarikat dalam menyediakan perkhidmatannya.

Bagaimanapun akhbar Singapura, The Straits Times mendedahkan dokumen-dokumen Jabatan Kehakiman AS menunjukkan firma perhubungan awam antarabangsa itu menyertai perjanjian menyediakan perkhidmatannya bagi Israel pada 1992. - TMI

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive