30 April 2010

Kalau bab nak kenakan PAS cepat saja SPRM bertindak

SPRM sahkan ambil kenyataan dari Kickdefella

PUTRAJAYA, 30 April — Penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz hari ini telah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan berhubung dakwaannya menerima lebih RM4 juta.

Perkara itu disahkan oleh Pengarah Siasatan SPRM Mustafar Ali ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata Syed Azidi tiba di ibu pejabat SPRM di sini kira-kira pukul 6 petang.

Baru-baru ini Syed Azidi mendakwa menerima peruntukan lebih RM4 juta sepanjang tiga tahun bagi memburuk-burukkan pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi .

Syed Azidi juga mendakwa beliau membelanjakan wang itu bagi membiayai pelbagai aktiviti termasuk membeli aset, peralatan, pembayaran upah operatif dan lain-lain yang bertujuan menggerakkan satu Operasi Gerak Saraf bgi mewujudkan persepsi buruk ke atas Abdullah dan memastikan PAS kekal memerintah Kelantan. — Bernama

1 comment:

Anonymous said...

kah kah kah
Dilaporkan pegawai SPRM terpaksa menggunakan jet F15 untuk ke Kelantan.
Laporan tersebut akan disiasat dibawah akta hasutan, akta rasuah, akta kereta api 1867, akta dadah 1945 dan akta dharurat1940.
Kertas pendakwaan telah disediakan sejak 5 tahun lepas.
Tok guru akan disiasat selepas bangun daripada tidur pagi ini, jam 3.45 pagi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive