29 April 2010

Kickdefella terima 4 juta ... wow banyak tu

Seorang penulis blog mengakui menerima peruntukan lebih RM4 juta dalam tempoh tiga tahun bertujuan mewujudkan persepsi buruk bagi melemahkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan memastikan Pas terus kekal memerintah di Kelantan.

Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Kickdefella membuat dakwaan tersebut dalam laman blognya selepas beberapa pihak termasuk Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan mengecam dan mempertikaikan sumbangannya terhadap parti.

Beliau turut mencabar pihak-pihak terbabit supaya menjalankan siasatan berhubung pendedahan itu dan dari mana sumber peruntukan yang disalurkan kepadanya diperoleh.

"Sepanjang hampir tiga tahun berkhidmat di Kelantan, saya telah membelanjakan sejumlah hampir lebih RM4 juta untuk membiayai pelbagai aktiviti termasuklah pembelian aset, peralatan, pembayaran upah operatif, percetakan dan lain-lain yang bertujuan menggerakkan satu Operasi Gerak Saraf.

"Saya tidak mempunyai wang sebanyak itu. Dari mana saya mendapat wang sebanyak itu bagi mengendalikan satu Operasi Gerak Saraf untuk mewujudkan persepsi yang boleh melemahkan Abdullah seterusnya mempermudahkan Pas menewaskan Barisan Nasional (BN) di Kelantan?" katanya.

Beliau mendakwa demikian dalam tulisan di blognya hari ini.

Tulisannya itu merujuk kepada kenyataan oleh Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, Ahmad Fadhli Shaari yang juga Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas negeri dan tulisan seorang penulis blog yang menyifatkannya sebagai seorang yang kecewa serta membuat pelbagai pembohongan.

Sebelum ini, Syed Azidi yang suatu ketika cukup akrab dengan pimpinan Pas Kelantan turut mendedahkan dokumen mengenai beberapa kepincangan dalam negeri.

Ini bagi mengesahkan dakwaannya berhubung pemohon tender kawasan balak dan hutan simpan memberi sumbangan kepada Pas Kelantan, juga sebahagian daripada syarikat serta individu yang sering mendapat habuan.

Malah beliau juga individu yang menjadi tumpuan ketika isu menantu Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Abdul Ariffahmi Ab. Rahman yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), dikaitkan dengan isu rasuah.

Syed Azidi pernah bertugas sebagai Pegawai Perhubungan Awam PMBK dan jawatannya itu ditamatkan pada November 2009.

Syed Azidi turut mencabar penulis blog berkenaan menyiasat dan mendedahkannya sekali dengan nama individu yang membiayai aktiviti gerak saraf itu dan jumlahnya di blog beliau.

Jelasnya, beliau tidak perlu membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana agensi tersebut telah membuat kenyataan bahawa kes melibatkan Nik Abdul Aziz dan Abdul Ariffahmi masih dalam siasatan.

Syed Azidi juga mencabar pihak terbabit supaya membuktikan bahawa beliau kini 'dibela' oleh individu-individu tertentu.

Sementara itu, Syed Azidi ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan menerima peruntukan tersebut daripada beberapa sumber bagaimanapun enggan mendedahkan individu terbabit.

Dakwanya, sehingga sekarang beliau masih memegang beberapa aset yang digunakan untuk tujuan operasi gerak saraf semasa memainkan peranan penting melalui sebuah syarikat berkait dengan multimedia di sini.

"Kunci bangunan dan peralatan yang berharga berjuta ringgit sehingga sekarang masih saya pegang.

"Saya ada bukti siapa yang memberikan peruntukan tersebut," dakwanya.
STONE: Aku tak kenal mamat ni cuma tengok gambar dia saja. Jadi aku tak nak komen banyak. Yang aku dapat katakan, dia ni gila meroyan sebab tak dapat jawatan yang di harapkan ... sekarang ni aru dia nak cakap yang buruk-buruk, kenapa tidak dari dulu lagi??? ... kalau lah ihklas sangat dah tentu telah lama dibongkar (andai yer la) ... kenapa mesti tunggu sekarang??? Kenapa selepas dipecat??? ... Dey. ...

4 comments:

Anonymous said...

4juta utk burukkan pak lah. Brapa juta pulak utk burukkan nik aziz? Dasar pukimak mamat ni. Mati pun bagus.

Nik Ismail said...

Prinsip action after thought tidak terima keterangan dalam mahkamah iaitu kenyataan dibuat kemudian selepas kejadian telah lama berlaku.

Unknown said...

Pehh..syed arab anjing ade 4juta,bnyk 2 anjing!syed anjing nanti bole lah buat'kaabah'kat depan umah,xyah duk sibuk2 nak g sana..syed ke pe ke p mampus!!dasar anak anjing.

Anonymous said...

Kenyataan kick ini tidaklah mengejutkan pun. Ini kerana, sesiapa pun di dalam bidang politik akan melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kedudukan dan pangkat.

Kes nik aziz dilihat akan membongkar banyak lagi perkara mengenai beliau. Sekarang kedudukan nik aziz agak sukar, dengan pendedahan ini, PR mungkin tidak akan menyangka. Ini juga akan menjadikan PR sukar untuk mendapat kepercayaan orang ramai.

PKR dengan ahli nya yang melompat parti, manakala PAS pula menghadapi masalah dengan pemimpin tertingginya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive