Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan adalah diantara orang yang paling tercabar akibat kegagalan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) untuk menjejaki Raja Petra Kamarudin (RPK), penggendali laman web Malaysia Today yang dikehendaki oleh kerajaan Malaysia.
Sebagai orang nombor satu dalam PDRM, sudah pasti hatinya terguris dengan kegagalan tersebut. Peristiwa ini menyebabkan kredibiliti beliau sebagai seorang KPN terjejas.
Sekarang peluang terbuka luas untuk Musa Hassan untuk bertemu RPK. Pada 22 Mei 2010 ini RPK akan muncul di kota London. Untuk maklumat lebih lanjut, sila klik disini.
Kini bukanlah satu perkara yang mustahil bagi rakyat Malaysia untuk melawat Kota London.
Tambahan lagi pesawat tambang murah Air Asia X sudah menyediakan perkhidmatan penerbangan ke kota tersebut.
Kepada Musa Hasan yang bakal bersara tak lama lagi, jangan lepaskan peluang ini. Untung-untung kontrak dapat diperbaharui - Amin Iskandar

No comments:
Post a Comment