Thu, May 27, 2010
Oleh Muda Mohd Noor
KUALA LUMPUR: Dalam satu tinjauan rambang di ibu negara hari ini mendapati orang ramai rata-rata bimbang jika subsidi ditarik balik kerana kehidupan mereka akan menjadi semakin tersepit.
Pemandu teksi, Usop Mahat berkata, golongan bekerja sendiri sepertinya yang paling teruk terasa kesannya.
“Bayangkan dengan subsidi seperti sekarang pun, hidup saya sekeluarga bagaikan nyawa-nyawa ikan apatah lagi apabila subsidi ditarik balik.
“Saya ada lima anak, tiga masih sekolah, pendapatan kira kira RM2,000 sebulan. Bagaimana nak hidup?,” keluhnya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas rancangan kerajaan hendak mengurang dan menghapuskan subsidi secara perlahan-lahan dalam tempuh lima tahun.
Seorang kakitangan swasta, Karim Adam pula berkata, kerajaan perlu memikirkan rancangan itu semasak-masaknya.
“Di manakah slogan kerajaan yang mengutamakan rakyat. Ke mana perginya kekayaan negara?, soal beliau.
Karim berkata, “percayalah rakyat akan merempat selepas ini. Rakyat kita akan jadi seperti rakyat di setengah-setengah negara Afrika.”
Kerajaan melalui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemudah) Jabatan Perdana Menteri hari ini menganjurkan Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bagi mendapatkan maklum balas daripada orang ramai tentang subsidi.
Pada tahun ini, kerajaan telah memperuntukkan subsidi bernilai RM74 bilion dan cuba mengurangkan sebanyak RM20 bilion sebagai langkah awal untuk mengurang dan menghapuskan subsidi - Free Malaysia Today

No comments:
Post a Comment