19 May 2010

Sime Darby rugi RM1 Billion - Musa Hitam sedia letak jawatan

Oleh Yow Hong Chieh

May 19, 2010KUALA LUMPUR, 19 Mei — Tun Musa Hitam menyatakan kesediaan untuk meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Sime Darby jika perlu ekoran kerugian hampir RM1 bilion dialami oleh konglomerat itu.

“Untuk meletakkan masalah tidak menjadi masalah... apabila saya membuat penilaian saya sendiri, jika perlu, ya, saya bersedia. Adakah perlu saya dipecat? Ya!

“Adakah perlu digantung? Ya. Keseluruhan lembaga atau apa sahaja,” kata beliau mengulas pandangan pelbagai pihak tentang kegagalan ahli lembaga pengarah dalam tugas pemantauan mereka.

Bagaimanapun Musa berkata, beliau menyerahkan kepada pemegang-pemegang saham untuk menentukan sama ada perlu atau tidak lembaga pengarah meletakkan jawatan mereka ekoran nasib dialami Sime Darby.

Jelas beliau, sesiapa yang mengetahui tentang tadbir urus korporat mengetahui bahawa pemegang-pemegang saham yang akan membuat keputusan mengenai soal ini ini.

Perkasa, antara pihak yang mendesak agar kesemua ahli lembaga pengarah Sime Darby Berhad harus meletakkan jawatan bagi memikul yang direkodkan berikutan lebihan kos dalam beberapa projek tenaga dan utiliti konglomerat itu.

Perkasa menegaskan beban tanggungjawab tidak harus diletakkan pada bahu Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Sime Darby, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid semata-mata, yang telah diminta bercuti sementara kontraknya berakhir 26 November ini.

Selain itu, Perkasa juga mendesak kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas termasuk jika perlu suruhanjaya diraja untuk menyiasat 'krisis' korporat terbaru negara ini.

Musa berkata, berikutan lebihan kos itu, Sime Darby bakal kerugian RM964 juta bagi separuh kedua tahun kewangan 2010 bagi projek hidroelektrik Bakun (RM450 juta), Maersk Oil Qatar (MOQ) (RM159 juta) dan pembinaan kapal bagi projek MOQ (RM155 juta).

OSK Research Sdn Bhd berkata, punca bagi masalah Sime Darby adalah kerana syarikat itu adalah terlalu besar dan terlalu dipelbagai untuk diurus dan dikawal dengan betul.

Oleh kerana itu, adalah tidak wajar untuk menyalahkan kos konglomerat yang berlebihan sebanyak RM964 juta itu dipertanggungjawabkan kepada Zubir semata-mata.

Berhubung soalan sama ada Sime Darby akan menyusun semula operasinya supaya ia berada dalam kedudukan unit-unit strategik yang boleh ditadbir dengan baik, Musa menjawab, ia bergantung kepada pengurusan jangka panjang.

“Bermakna setiap opsyen yang ada akan dilihat dengan teliti demi kepentingan pemegang-pemegang saham,” kata Musa sambil menambah, beliau akan meneliti perkara teliti.

“Saya bukan orang yang memberi reaksi dan (cepat) melompat. Tidak! Ia bukan stail Musa,” katanya.

“Saya akan meneliti satu demi satu, dengan cara saya sendiri, secara metodologi,” katanya. - TMI
- The True Story of Sime Darby (read here)

1 comment:

mantaro said...

Dulu Kes Memali Pun Tak Selesai Lagi.Tak Payah suruh berhenti, Yang ini pun patut berhenti.Masih sempat untuk merenung kesususahan rakyaT!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive