KOTA BARU: Sepasukan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Ahad mengambil dua dokumen membabitkan syarikat konsesi balak daripada Jabatan Perhutanan Kelantan.
Pasukan yang terdiri daripada empat pegawai SPRM dari Putrajaya itu tiba di Kompleks Kota Darul Naim, dekat sini kira-kira pukul 10 pagi dan keluar pada pukul 3.30 petang dengan membawa dokumen penting dipercayai bagi membantu siasatan berhubung kes pembalakan.
Pengarah Jabatan Perhutanan Kelantan, Datuk Abdullah Sani Shaffie ketika ditemui berkata, pihaknya memberikan kerjasama penuh kepada SPRM yang datang ke pejabatnya selama hampir lima jam setengah dengan menyediakan fail dan dokumen yang diperlukan SPRM.
"Mereka datang untuk mendapatkan dokumen penting (membabitkan syarikat pembalakan) dan tadi mengambil dua fail membabitkan dua syarikat konsesi balak," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini.
Beliau berkata, pihaknya sentiasa terbuka dan tidak mempunyai sebarang masalah untuk membantu SPRM melaksanakan proses siasatan dengan memberikan maklumat diperlukan.
Bagaimanapun, Abdullah Sani enggan menjawab pertanyaan pemberita berhubung kes yang berlaku sehingga menyebabkan SPRM menjalankan siasatan itu.
"Pada saya, ini hanya prosedur biasa, kalau ada orang buat aduan, mereka (SPRM) tentu akan datang untuk menjalankan siasatan, saya tiada masalah jika SPRM datang, kami sentiasa memberikan kerjasama penuh seperti diminta. - BERNAMA
STONE: SPRM , bila nak siasat Najib kes 5 juta di Sibu tu? Ala you help me, i help you lah .... wakakakakaka SPRM buat lawak hari ni ...
1 comment:
Laju SPRM buat kerja yer.....tahun 4 pegawai tu bolehlah dapat APC-Anugerah Perkhidmatan Cemerlang..bolehlah dapat cash rm1000.00.
Lepas tu bolehlah naik pangkat pulak...berbaloi kan?.
Kalau nak lagi berbaloi...siasatlah najib semasa pilihanraya sibu tempohari... lagi berbaloi...silap-silap hilang jawatan...itu yang buat tak jadi nak siasat.
Post a Comment