Sultan Selangor Tidak Beri Perkenan Zaid Menghadap
PETALING JAYA: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah khabarnya tidak memberi perkenan untuk menerima menghadap calon PKR pada pilihan raya kecil Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim.
“Buat masa ini Sultan Sharafuddin tidak ada sebab untuk membenarkan Zaid menghadap kerana beliau tidak dilantik sebagai wakil rakyat atau mendapat gelaran Datuk di Selangor,” kata sumber kepada The Star.
Dalam konteks itu, tiada sebab untuk Sultan memberi perkenan untuk Zaid menghadap Baginda, kata sumber itu lagi.
“Malah setakat ini, tiada permohonan rasmi yang dibuat oleh Zaid sebaliknya berita untuk menghadap Sultan Selangor hanya disiarkan melalui media massa,” kata sumber itu lagi.
Zaid telah mencetuskan kontroversi baru-baru ini apabila beliau mempersoalkan titah Sultan Selangor agar masjid tidak dijadikan medan untuk tujuan berpolitik.
Kenyataan Zaid itu ditulis dalam blognya (myzaidibrahim.wordpress.com) dengan mendakwa arahan Sultan Selangor itu hanya merupakan pandangan peribadi baginda dan bukannya satu arahan yang perlu dipatuhi.
Bagaimanapun kenyataan bekas Menteri itu dibantah oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Setia Mohamad Adzib yang menegaskan bahawa adalah menjadi kesalahan sekiranya sesiapa mengingkari dan mempertikaikan arahan dan perintah Sultan Selangor sambil merujuk kepada Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor.
Pada 6 Oktober tahun lalu, MAIS telah mengeluarkan pekeliling tentang arahan Sultan Selangor supaya masjid di seluruh negeri tersebut tidak digunakan untuk tujuan politik.
Tahun lalu, Sultan Selangor telah mengadakan pertemuan dengan, MAIS, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan pejabat Mufti negeri sebelum pekeliling tersebut diedarkan.
Pekeliling (MAIS Bil 4/2009) yang dikeluarkan oleh MAIS menyatakan bahawa tiada sesiapapun boleh memberikan ceramah di mana-mana masjid di negeri itu tanpa mendapat kebenaran atau tauliah daripada MAIS.
Pekeliling itu menyatakan MAIS tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang mengingkari arahan Sultan Selangor itu. - mStar
STONE: Bukan wakil rakyat, tak dapat Datuk dari Selangor tak boleh jumpa Sultan rupanyer yer? Iskh iskh iskh ...
2 comments:
jika rakyat dinafikan berjumpa sultan/raja,apake halnya dengan sultan/raja ni, malaikat ke?mereka perlu ingat adanya rakyat baru ada sultan/raja,menafikan rakyat tidak jauh kemana sultan/raja dihati rakyat.ada atau tiada sultan/raja kehidupan rakyat serupa aja.cuma ada satu rakyat saja yang tidak ada halangan berjumpa sultan/raja,iaitu rakyat allah swt bernama malaikat maut.ingatlah!!.
yang sibuk nak gi jumpa tu buat apa?...lantak pi laa kat dia...
bukan dia yg bagi makan zaid pun...
Post a Comment