03 June 2010

Jom ramai2 kita cari pejabat APCO dan usir mereka


Muda Mohd Noor

Kuala Lumpur: Pemuda Pakatan Rakyat akan mengusir petugas Apco Worldwide dari negara ini sebagai membantah serangan tentera Israel ke atas misi kemanusiaan ke Gaza, baru-baru ini.

Ketua Angkatan Muda PKR, Samsul Iskandar Md Akin berkata, pihaknya bersama Pemuda PAS dan DAP sedang mengesan pejabat Apco di negara ini.

"Kita sudah pergi ke pejabat Apco di Mid Valley di Kuala Lumpur tetapi sudah ditutup.

"Sesiapa yang mengetahui lokasinya boleh memberitahu Pemuda Pakatan Rakyat untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam Pemuda Pakatan menghantar memorandum mendesak kerajaan menghentikan menggunakan syarikat itu dan syarikat-syarikat lain yang ada kaitan dengan Israel selaras dengan pendirian negara yang mengutuk tindakan negara Zionis itu melancarkan serangan maut ke atas kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Memorandum tersebut diterima oleh pegawai khas Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim.

Menurut Samsul, pegawai khas Najib itu berjanji memorandum tersebut akan disampaikan kepada perdana menteri.

Katanya, Razali berkata, dari segi prinsip cadangan Pemuda Pakatan itu boleh dibawa untuk dibincangkan di dalam mesyuarat sidang Parlimen yang akan datang.

"Perkara ini pernah berlaku sema Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri," kata Razali kepada Samsul.

Dalam memorandum yang dihantar itu antara lain AMK merasa sangat dukacita dengan keleseuan kerajaan persekutuan dalam memberi respon yang seiring dengan gelodak emosi dan sensitiviti rakyat Malaysia dan umat Islam seluruhnya ke atas apa yang berlaku di Gaza.

Selaku perdana menteri kepada sebuah negara Islam, Najib perlulah menghormati kehendak dan sensitiviti rakyat dalam isu ini yang jelas melibatkan maruah Islam, katanya.

AMK katanya, mendesak agar kerajaan segera membatalkan segala urusan perdagangan ekonomi, diplomatik serta segala bantuan yang berkaitan dengan negara rejim Israel.

Katanya, Bersandarkan rekod perdagangan dan ekonomi negara, Malaysia mempunyai hubungan rapat dengan rejim Zionis ini.

"Buktinya, kerajaan Malaysia mempunyai pemegangan saham sebanyak 31 peratus di Pantai Holding Berhad iaitu sebuah anak syarikat kepada Parkways Holdings Limited, yang dimiliki pelobi besar Zionis Richard C.Blum," ujarnya.

Hadir sama di majlis penyerahan memorandum tersebut ialah Setiausaha Agung Pemuda PAS, Kamarulzaman Mohamad. - FMT

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive