KLANG: Seorang lelaki yang lari dari disiasat polis maut dipercayai terjatuh dari tingkat tiga sebuah pangsapuri di Bandar Bukit Tinggi di sini malam tadi.
Teoh Sing Tin, 26, dikatakan melarikan diri kerana tidak memiliki lesen menunggang motosikal.
Perkara itu diberitahu sendiri oleh rakan mangsa, kata Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop.
Beliau berkata, mangsa dan rakannya sebelum itu telah dihampiri tiga anggota polis yang sedang meronda di kawasan berkenaan.
"Ketika anggota polis meminta mereka berhenti dan menunjukkan dokumen pengenalan diri mereka, rakan mangsa menggeluarkan kad pengenalannya namun mangsa nekad memecut laju motosikalnya dan menuju ke arah pangsapuri terbabit," katanya.
Mohamad berkata, empat anggota polis yang menaiki tiga buah motosikal kemudiannya mengejar mereka kira-kira 100 meter sebelum ternampak motosikal mangsa di kawasan parkir perumahan itu.
Beliau berkata, dua dari anggota polis kemudiannya berjaya menahan rakan mangsa di sebuah tangga di pangsapuri berkenaan dan tiba-tiba pada masa yang sama mereka terdengar dentuman kuat dari arah blok berhampiran.
"Selepas diperiksa, didapati ia adalah mangsa yang dipercayai jatuh dan mati serta merta ditempat kejadian," katanya.
Mohamad berkata, siasatan lanjut masih dijalankan berhubung kejadian itu dan ketika ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah. - BERNAMA

No comments:
Post a Comment