07 June 2010

Siswazah dipenjara dan denda RM7 ribu kerana buang bayi

07/06/2010 3:47pm

KUALA TERENGGANU – Seorang siswazah universiti dikenakan hukuman penjara setahun dan denda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini selepas mengaku bersalah membuang mayat bayi lelaki yang dilahirkannya, dua tahun lalu.

Tertuduh Zarina Sulaiman, 22, seorang siswazah Universiti Teknologi Mara (UiTM), kelihatan menangis ketika hukuman dijatuhkan oleh Majistret Wan Nor Aklima Wan Salleh.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Asrama Sutera UiTM Cawangan Chendering, Kubang Ikan, Chendering, dekat sini, antara pukul 11 malam dan 12 malam, 29 Januari 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Majistret kemudian mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu mulai hari ini dan ayah tertuduh telah membayar denda itu. – Bernama

1 comment:

Unknown said...

Denda duit sapa buat anak & buang anak (mayat atau mayit) tak mungkin akan insaf. Kurang-2 mesti nak denda penjara & kuatkuasa hadiri tempoh sesi pemulihan mental & akhlaq. Apa punya haprak perundangan negara, semua duit duit duit saja.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive